Aksi ‘Berani’ Si Ibu Ini Bersama Anak Kecil Buat Netizen Kurang Senang Sampai Ramai Luah Rasa Kesal Dan Mungkin Bakal Terima Padah

Aktviti atau sukan lasak sememangnya mencabar tetapi menyeronokkan.Namun, ia boleh mengundang risiko dan mengancam nyawa jika aspek keselamatan diabaikan.

Kecoh di m3dia s0si4l satu rakaman memaparkan seorang wanita mendukung anak ketika membuat aktiviti lasak.

Menerusi video yang tular, kelihatan wanita tersebut dengan beraninya hanya memegang satu tali dengan tangan kiri ketika bermain flying fox manakala tangan kanannya memegang anak yang masih kecil.

Walau pun dia dilihat memakai tali keselamatan yang turut dipakaikan pada anak, pelbagai kecaman tetap diterima wanita tersebut kerana rata-rata menganggap ia tidak mencukupi.

Tindakannya yang membahayakan nyawa ini dimuat naik di akaun Inst4gram, 15GagMy sebelum dihujani pelbagai pandangan di ruangan k0men.

“Mereka parents adventurous, anda apa tahu? Kata ibu bapa yang buat aktiviti lasak,” tulisnya pada kapsyen vide0 itu.

Menerusi ruangan k0men, seorang pengguna mempertikaikan tentang tahap keselamatan yang rendah apabila tiada alatan lengkap dipakai ketika itu.

Malah, abah-abah keselamatan (safety harness) juga dikatakan tidak cukup untuk menyokong dan memberi perlindungan penuh pada si kecil sekal gus boleh mengancam nyawanya.

“Aku memang tak suka mereka buat ni. Kau tengoklah safety langsung tak ada. Helmet pun tak pakai dan tali pun bergantung satu saja. Boleh pula kau bawa anak kau kakcik oi entahlah nak.

“Sudahlah satu-satunya tali saja bergantung. Tak ada back up tali lain. Kalau tali utama tu putus atau rosak, terus pindah ‘alam lain’.

“Kenapa pakai harness tu dekat kaki saja, patut pakai kat bahu baby dan attach ke badan emak dia. Kalau tali terlepas, baby still ada dekat emak dia. Eh lantak kau oranglah. Nanti kita tegur kata dengki.

“Walaupun ada berjuta safety harnesses dekat badan budak dan mak dia, tetaplah memegang pada pepatah malang tidak berbau,” demikian antara komen netizen di Instagram.

Video tersebut juga mendapat perhatian sebuah akaun Twtt3r rasmi Badan Pemantau Jenayah, My_CrimeWatch apabila ia di muat naik semula.

Jelasnya, perbuatan wanita ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak.

“Akta Kanak-Kanak ada menyatakan sekiranya kanak-kanak didedahkan kepada bahaya yang boleh mengakibatkan kecederaan, pihak terlibat boleh dihukum denda tak melebihi RM10,000 atau penjara tak lebih 5 tahun atau keduanya,” tulisnya dalam satu ciapan.

Untuk rekod, video yang dimuat naik di Twtt3r ini meraih lebih 5,000 jumlah ulang kicau.

SUMBER:MSTAR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*