“Mula-Mula Hijrah Ok, Sekarang Ni Makin Menjadi-Jadi Bajunya..” – Ramai Kecewa Dengan Kilafairy?

Kalau sebelum ini nama selebriti jelita, Kilafairy pernah menjadi bualan orang ramai kerana cara pemakaiannya tidak melambangkan seperti wanita muslimah, kali ini, namanya sekali lagi terpalit dengan hal yang sama.

Hantaran foto terbaharunya di Instagram telah menarik perhatian ramai selepas satu portal hiburan memuat naik semula foto tersebut di platform Facebook mereka.

Dapat dilihat dalam foto berkenaan, Kilafairy memakai busana seakan-akan jumpsuit berwarna biru gelap dan tudung berwarna hitam.

 

 

 

Menurut netizen, pakaian yang dipakai oleh selebriti terbabit sejak kebelakangan ini semakin mengecewakan kerana terlihat sangat ketat dan tidak sesuai untuk wanita berhijab.

Dalam pada masa yang sama, mereka turut berkata lebih suka melihat pelakon itu semasa awal-awal penghijrahan kerana pakaian lebih longgar serta bertudung labuh.

komen netizen

Sebelum ini, pakaiannya Kilafairy turut ditegur oleh orang ramai kerana seakan-akan ‘belanja’ punggung, namun selebriti itu tidak mendiamkan diri dan menyuruh warganet unfollow jika tidak menyukai fesyennya.

Ditegur Nampak Bentuk Badan, Kilafairy Tampil Beri Respon – ‘Awak Tuhan Ke?’

Penampilan pelakon jelita, Kilafairy ketika hadir ke majlis anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2022 menarik perhatian netizen.

Penampilan Kilafairy ditegur netizen

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instagram (IG), memaparkan pelakon berusia berusia 30 tahun itu hadir ke majlis berkenaan dengan mengenakan busana dan hijab berwarna hitam.

Namun, penampilannya itu secara tidak langsung ditegur oleh warganet kerana kelihatan begitu ketat sehingga menampakkan bentuk badan terutamanya pada bahagian dada dan punggung.

Bukan itu sahaja, ada juga di antara mereka yang mengkritik pemakaian Kilafairy kerana tidak sesuai untuk imej seorang wanita berhijab dan mendoakan agar pelakon filem Karak itu istiqomah.

‘Awak tuhan ke?’

Walau bagaimanapun, Kilafairy tidak mendiamkan diri dan tampil membalas komen netizen dengan meminta individu berkenaan untuk berhenti mengikutinya di media sosial jika tidak suka dengan caranya.

Tak suka please unfollow. Hanya Allah sahaja yang tahu kisah perjalanan hidup saya. Awak tuhan ke? Tak? So bye.

Komen netizen

 

 

 

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*