Sampai Terdedah Aurat Semasa Persembahan Gegarvaganza. Ini Kata2 Shila Amzah Tentang Kenapa Pakaian Dia Tiba Tiba Terdedah

AKSI lincah Shila Amzah di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada malam Ahad lalu membuatkan ada peminat kurang senang kerana merasakan persembahannya tidak sesuai dengan imej bertudung.

Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah, 32, berkata, apa ditonjolkan adalah gambaran sebenar peribadinya selain perlu memberikan yang terbaik pada peringkat suku akhir pertandingan.

“Lagu itu memerlukan saya untuk sedikit agresif tapi sebenarnya itulah saya jika di luar pentas.

“Lagipun ini sudah suku akhir, saya tak boleh nak simpan lagi. Sebab itu kena buat sehabis baik. Apa sahaja keputusan pada malam itu, saya kena puaskan diri sendiri dahulu,” katanya kepada mStar.

Shila yang menyampaikan lagu berjudul Survivor berjaya mendapat markah tertinggi daripada juri profesional sekali gus diumumkan sebagai peserta pertama mara ke peringkat separuh akhir.

shila amzah 12

Bukan hanya tarian, bahagian lengan pakaian Shila yang terdedah pada hujung persembahan turut menjadi bualan ramai sehingga ada menuduh penata rias penyanyi itu tidak peka.

Menceritakan hal sebenar, kata Shila terdapat perubahan pada pemilihan pakaian di saat akhir disebabkan baju asal tidak sesuai dengan konsep persembahan.

“Wardrobe malfunction biasa terjadi dalam kalangan penyanyi ketika membuat persembahan di atas pentas.

“Saya sendiri tidak boleh jangka ia terjadi malah saya juga tak sangka boleh menari lincah di atas pentas ketika itu.

“Saya bersama pasukan penata gaya terpaksa menukar baju di saat akhir kerana mahu ikut konsep persembahan. Sepatutnya saya lebih peka dan boleh pin dengan rapi sebelum naik ke atas pentas.

“Perkara sebegini mengajar saya untuk lebih berhati-hati. Dalam masa sama ini juga cara saya memperbaiki diri dengan mengambil kira semua teguran peminat,” ujarnya.

shila amzah 11

Shila akui kurang berpuas hati dengan kualiti vokal di peringkat suku akhir GV9.

Meskipun mendapat markah tertinggi menerusi persembahan tersebut, Shila bagaimana tidak berpuas hati dengan kualiti vokal sendiri dan memberitahu dia terganggu dek kekurangan rehat.

“Beberapa hari lalu saya susah nak tidur kerana terlalu banyak perkara dalam fikiran. Bukan hanya soal persembahan di pentas suku akhir GV9, semi final Muzik-Muzik 37 juga semakin hampir.

“Otak saya tak henti berfikir sehingga gganggu waktu tidur. Tambahan pula dengan jadual latihan. Saya sedar kualiti vokal kurang memuaskan,” jelasnya.

VIDEO:

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.

Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*