
Ibu kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim atau lebih sinonim dengan panggilan Bonda Rozita telah mengumumkan kepergiannya ke Mekah bagi mengerjakan umrah.
Menerusi kapsyen pada gambar yang telah dimuat naik di Instagram, Bonda Rozita mendedahkan yang dia berangkat ke tanah suci sambil ditemani oleh sahabat seperjuangan dan kakitangan yang sentiasa bersamanya sejak 2000.
Membawa hati yang kosong, untuk Allah dan kepada Allah, bertemankan sahabat seperjuangan, staf-staf yang bersama Bonda susah senang lalui suka duka saya sepanjang 2000 sampai tahun ni.
“Musafir umrah, Ain sangat tinggi. Doakan anak-anak saya lelaki dan perempuan menjadi hamba Allah yang taat pada Allah dan Rasul, baik adab dan agamanya,” ditulis Bonda Rozita.
Menerusi ruangan yang ada komen, ramai antara pengikut mendoakan keberangkatan Bonda Rozita ke tanah suci dan dipermudahkan oleh Allah SWT dan mendapat umrah yang mabrur ketika semasa di sana.
Namun, tidak kurang ada juga yang musykil dengan ketiadaan suami Bonda Rozita menerusi gambar-gambar yang dimuat naik oleh wanita itu di Instagram.
“Mana suami? Tak ikut ke lama dah tak nampak.”
“Mohon maaf terlebih dahulu… bukan nak kepoh… Apasal Bonda cakap bawak hati yang kosong? Pastu gi mana-mana sorang-sorang jer. Abang Haji nya mana? Lama tak nampak.”
Ayat Bonda membawa hati yang kosong mengundang ramai bertanya di mana daddy.”
Begitupun, masih tiada sebarang respons daripada Bonda Rozita.
Terdahulu, nama Bonda Rozita menjadi bualan apabila dia tampil semakin kurus menerusi gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply