“Ingatkan Makcik Jual Jeruk Pelam” – Netizen Kesian Tengok Zuraida, Rupanya Ini Yang Dia Buat Utk Raih Undi

SEBUAH video menunjukkan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zuraida Kamaruddin berkempen di tepi jalan raya yang sibuk bagi meraih undi dari penduduk Ampang, Selangor tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, Zuraida kelihatan memegang plakad meminta orang awam yang melalui jalan utama berhampiran dengan sebuah stesen minyak di Ampang Jaya untuk membunyikan hon.

Bagaimanapun flashmob Zuraida yang juga calon kerusi Parlimen Ampang itu bersama jenteranya mengundang kerisauan dalam kalangan pengguna media sosial kerana bimbang tentang keselamatannya.

Zuraida Kamaruddin on Twitter: "Admin | Flashmob? Ya saya dah buat cara ni sejak 2008 lagi dan meneruskan hingga kini bersama jentera akar umbi Bangsa Malaysia. Ampang memilih! Calon no 4 P099

Menurut Ahli Majlis Tertinggi PBM, JC Jess Choi, pihaknya sudah memberi taklimat keselamatan kepada semua individu yang menyertai flashmob itu.

Katanya tujuan flashmob itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran pengundi untuk keluar mengundi.

Image

 

Image

 

Image

“Beliau (Zuraida) ke tengah jalan sebagai simbolik flashmob sahaja dan selepas itu berdiri di tepi jalan untuk meneruskan flashmob tersebut kira-kira 30 minit,” katanya.

Tangkap layar gambar dikongsikan PBM sekitar kempen berlangsung.

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa ‘simpati’ terhadap Zuraida yang dianggap sudah ‘jatuh’ akibat tindakannya bersekongkol dengan beberapa bekas pemimpin PKR termasuk Datuk Seri Azmin Ali.

PRU15: Zuraida bahayakan diri, kempen atas 'divider' | Sinar Harian

Zuraida kemudian menyertai parti Bersatu selepas dipecat daripada PKR susulan Langkah Sheraton pada 2020.

Kemudian pada Mei lalu Zuraida mengumumkan keluar Bersatu bagi menyertai PBM.

Keahlian Zuraida dan 12 Ahli Majlis Tertinggi PBM digantung

“Cara berkempen pun dah mencerminkan tahap mana saja IQ dan kecerdasan fikiran. Pilihlah calon yang berwibawa untuk mewakili anda di kawasan Parlimen anda.

“Aku ingatkan makcik jual jeruk pelam tadi… sungguh! Inilah akibatnya, jatuh sampai ke tahap seperti ini. Betul-betul macam dalam movie.

“Kesian YB nak minta kerja (jadi wakil rakyat), sampai macam tu sekali. Kita sebagai majikan, pilihlah pekerja yang terbaik. Tengok resume/cv mereka dengan teliti. Jadilah majikan yang bijak,” kata beberapa netizen di Twitter.

Video,

https://youtu.be/m1OT5n7ewgQ

Sumber Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*