
MENJELANG pecutan akhir tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pelbagai isu panas yang diketengahkan dan dibangkitkan oleh netizen di media sosial.
Sudah tentu isu kredibiliti dan ‘track record’ calon yang bertanding menjadi antara tumpuan utama.
Namun tidak kurang juga personaliti calon ketika turun berkempen mendekati rakyat turut diperhatikan dan diperkatakan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara nama pemimpin yang ‘trending’ dan menjadi topik utama di media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Antara hantaran yang tular di media sosial.
Mana tidaknya, calon bagi Parlimen Tambun, Perak itu dirakam ‘turun’ ke kawasannya bukan sekadar menaiki kenderaan mewah, tetapi turut menggunakan sebuah helikopter!
Beberapa video yang memaparkan ketua pembangkang itu ligat berkempen ke serata pelosok negara dengan menggunakan helikopter turut tular.
Justeru kecoh di media sosial dengan pelbagai pertanyaan yang dibangkitkan netizen mengenai perkara berkenaan, malah ada yang turut melontarkan hantaran berbaur sindiran dan mempertikaikan gaya ‘mewah’ Anwar.
Hantaran yang mendakwa helikopter yang digunakan Anwar adalah milik Westar.
“Depa kata Bang Non (Anwar) tak mahu gaji. Nak potong gaji, dulu ambil gaji seringgit ja. Tapi bulih (boleh) baik helikopter ni kira hebat la. Hasil duit pencen agaknya… husnuzon la kita.
“Wow, belum lagi jadi PM dah naik heli. Nanti katanya jadi PM tak nak ambil gaji. Banyak duit naik heli. Mana dapat?” demikian antara hantaran yang tular di media sosial.
Namun menerusi satu perkongsian di sebuah akaun Facebook, dikhabarkan helikopter yang digunakan oleh Presiden PKR itu untuk urusan berkempen adalah kepunyaan jutawan yang juga pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim.
Walaubagaimanapun, setakat ini tiada sebarang maklumat dinyatakan sama ada helikopter tersebut ditaja khas untuk kegunaan kempen Anwar ataupun disewakan.
Waktu sesak lebih baik Datuk Seri Anwar Ibrahim naik helikopter. Sempat dia pergi banyak tempat.
Tidak kurang juga ada netizen yang melihat perkara tersebut bukanlah satu isu besar memandangkan jadual Anwar sebagai calon dan pemimpin utama terlalu padat sepanjang tempoh berkempen yang memerlukannya bergerak pantas.
“Waktu sesak lebih baik Datuk Seri Anwar Ibrahim naik helikopter. Sempat dia pergi banyak tempat.
“Senang nak berkempen… cuba bayangkan kalau jam ke, jalan banjir ke. Macam mana nak buat road tour?” demikian antara komen netizen.
Reaksi netizen terhadap perkongsian yang tular di media sosial.
Untuk rekod, Anwar sendiri dalam ceramahnya di Padang Taman Dato’ Senu, Kuala Lumpur pada Selasa lalu berkata, bagi membolehkan dia tiba di lokasi dengan pantas untuk berkempen, ia memerlukannya menggunakan helikopter.
“Kalau tidak, saya tidak akan sampai ke destinasi saya. Tetapi saya tidak ‘mencuri’ wang,” ujar Anwar.
Rajin benar mengharungi segala kesulitan dan cabaran sepanjang kempen PRU ni … dgn hujan banjir dan heli emergency landing .. tetap DSAI bergerak dan berceramah
Allah panjang kan umur DSAI dan berinya kesihatan yg baik serta kabul kan segala doa dia YaAllah Ammin
Harapan yg terbaik memimpin dan dipimpin mana2 pemimpin yang telus dan bersih,itulah yang aku mahu sbgai rakyat Malaysia tanah tumpahnya darahku
Seorg insan yg amat menarik perhatian rakyat Malaysia.. semoga Allah SWT melindungi beliau dimana sahaja dia berada..
Video,
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply