Da’i Syed Akui Diri “Agak Nakal”, Dedah Sesuatu Mengenai Bakal Isteri

Berita tentang majlis merisik dan pertunangan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dengan pesonaliti televisyen Alhijrah, Hana Ismail telah disambut baik oleh kenalan dan para peminat, lebih-lebih lagi setelah mengetahui yang mereka bakal disatukan tidak lama lagi.

Tertarik dengan sifat bakal isteri

Menerusi laporan dari Gempak, Da’i Syed memaklumkan yang dia tertarik dengan Hana disebabkan sifat lemah lembut pengacara itu biarpun usia mereka berbeza hampir 9 tahun.

Dalam pada itu, pemuda berusia 27 tahun berkenaan juga mengatakan sifat lemah-lembut tunangnya itu banyak mempengaruhi dirinya yang agak ‘nakal’.

“Mungkin sifat dia yang buat saya terpikat. Walaupun usia kami beza 9 tahun tapi pemikiran kami sama cuma personaliti saja berbeza. Saya agak nakal-nakal sikit, dia pula lembut. Jadi, sifat dia tu mempengaruhi saya,” katanya.

Khabar mengenai pertunangan mereka telah dikongsikan pelakon, Datin Umie Aida di Instagramnya dan dihujani dengan ucapan tahniah serta doa supaya urusan mereka dipermudahkan.

Majlis tunang berlangsung bulan Oktober

Jelas Syed, majlis merisik dan pertunangan tersebut sebenarnya dilakukan pada 23 Oktober tempoh hari namun baru sekarang mereka bersedia untuk memaklumkan kepada umum memandangkan majlis pernikahan bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Sebenarnya majlis merisik dan bertunang itu diadakan di 23 Oktober lalu. Sebelum ini kak Umie pernah post tapi dia padam. Sebab waktu itu belum sesuai untuk dikongsikan.
“Sekarang ini barulah bersesuaian untuk umum sebab kami akan berkahwin dalam masa terdekat. Nanti saya akan kongsi dan ajak media ke majlis pernikahan kami.
“Insya-Allah kami akan bernikah di masjid di KL pada pagi manakala majlis resepsi pula akan diadakan di sebelah malam di Subang Jaya,” ujarnya.

Umie Aida jadi orang tengah

Bercerita tentang perkenalan mereka, bekas peserta program realiti bercorak keagamaan ini memaklumkan kali pertama bertemu dengan Hana adalah di sebuah majlis ilmu yang dianjurkan oleh Umie Aida dan pelakon itu menjadi orang tengah antara mereka untuk menyampaikan hasrat masing-masing.

“Saya tahu kewujudan dia sebagai pengacara TV tapi saya tak pernah berkenalan melalui DM. Boleh katakan kak Umie la menjadi orang tengah perkenalan kami.
“Saya mula jatuh hati dengan Hana semenjak kami bertemu di majlis ilmu yang diadakan di rumah kak Umie. Pertama kali jumpa, perasaan saya rasa lain… rasa seperti ada ‘spark’ antara
“Sejak itu, saya bercakap dekat kak Umie dan Kak Umie yang arrange kan pertemuan kami untuk berkenalan di rumahnya selama sejam,” ujarnya.

Terdahulu, khabar angin berkenaan hubungannya dengan Hana seakan dihidu apabila ada pertemuan dua buah keluarga sebelum ini.

Namun, dia hanya mengatakan ia sekadar pertemuan keluarga bagi mengenali Hana dengan lebih rapat.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*