
Video tular berkenaan seorang lelaki dipercayai ‘membantai’ isterinya telah menjadi topik hangat hari ini apabila ada dakwaan mengatakan individu tersebut adalah bekas suami kepada seorang penyanyi dangdut terkenal.
Saksi dedah identiti pelaku
Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh saksi kejadian yang merakam situasi tersebut sebelum dia memuat naik ke media sosial.
Pukul isteri baru depan anak
Dalam kenyataan yang dibuat oleh saksi, dia mengatakan lelaki itu adalah bekas suami kepada penyanyi dangdut terkenal Amelina.
Ujarnya, pelaku telah mendera isteri barunya dan orang gaji serta anak turut menjadi mangsa.
Betul ke tu bekas suami?
Disebabkan dakwaan tersebut, beberapa netizen telah memulakan tugas mereka sebagai ‘makcik bawang’ dengan menempel di ruangan komen Amelina yang pasti tidak ada kena mengena lagi dengan hal itu.
Dah kenapa tanya pelik2 dekat Amelina
Akak hepi2 je tau
“Biarlah Allah yang berbicara…”
Walau bagaimanapun, penyanyi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik itu langsung tidak membuat sebarang kenyataan dan hanya menulis sedikit pesanan bersempena dengan hari Jumaat serta mengajak orang ramai untuk hadir ke persembahannya di Ipoh.
“Biar ALLAH yg “berbicara” bagi pihak diri kita. Serahkan kehidupan, redho dan yakin Allah akan sentiasa bersama org2 yg DIA sayang.
“Kerana DIA adalah sebaik2 “HAKIM” dan “LAWYER” kita di dunia & akhirat.” tulis Amelina..
“Report polis dan doktor dah dibuat di HKL. Tapi mangsa terlalu takut dan tengah sakit. Sebab dihentak di kepala. Didera separuh mati. Cuma semua tak dapat record.
“Alhamdulillah Allah bagi juga peluang record dan lari. Saya yang post video ni. Dia isteri yang baik tapi suami panas baran yang melampau sangat. Silap sikit akan kena bantai.
“Dia dan anak dia dikurung dan kena pukul kalau tersilap. Anak tu adalah anak yatim guys. Anak dengan suami lama. Yang pakai tudung adalah orang gaji yang kena bantai juga,” tulis pemilik video itu.
Selain di aplikasi TikTok, video tersebut kini turut tular di laman Twitter.
Rata-rata netizen menyelar sikap lelaki durjana itu dan berharap dia segera diseret ke muka pengadilan
Polis sudah buka kertas siasatan
Difahamkan, Polis Kajang juga mengesahkan sudah menerima dan membuka kertas siasatan berhubung isu viral tersebut.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply