
TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Seri Vida menyatakan sokongan terhadap kepimpinan parti Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilihat tidak kena sehingga menimbulkan kecaman dalam kalangan netizen.
Rata-rata menyatakan rasa kurang senang dengan aksi keterlaluan Vida atau Hasmiza Othman, 50, yang dikatakan sengaja menunjukkan wajah perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakkob yang tertera pada bahagian dada baju dipakainya.
“Kenapa over sangat? Nampak murah kempen begini. Bangunlah, sekarang dah nak masuk tahun 2023.
Vida tak serik terima kecaman.
“Makin ditunjuk dada. Malunya saya sebagai orang perempuan Islam tengok. Datuk (Vida) ini bab agama saya rasa lagi bagus daripada saya, pergi umrah banyak kali tapi makin teruk hilang rasa malu. Orang lelaki tiada pula tunjuka bahagian sulit dekat public.
“Terperanjat saya. Buat idea Datuk, jaga adab sebagai wanita. Boleh sahaja nak berkempen tapi agak-agak la,” komen netizen.
Terdahulu Vida memuat naik video dia bermain pilihan pemimpin di aplikasi TikTok dan keputusan yang diperoleh menunjukkan gambar Ismail Sabri.
Bukan hanya menari-menari menunjukkan dada, Vida juga menjerit terkejut apabila melihat keputusan tersebut.
Menerusi ruangan kapsyen Vida menulis tetap menyokong Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri bagi kerajaan yang bakal dibentuk selepas PRU15.
Sementara itu ada juga dalam kalangan netizen menyatakan sokongan sama seperti Vida memilih Ismail Sabri kembali memimpin negara.
Video,
Komen Netizen,
Sumber Mstar .
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply