Ahmad Zahid Akhirnya menang majoriti tipis, Anwar Ibrahim dakwa ada majoriti

Bagan Datuk: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanya menang dengan majoriti tipis iaitu 348 undi bagi kerusi parlimen Bagan Datuk.

Beliau menewaskan Shamsul Iskandar Mohd Akin yang memperoleh 16,230 undi dan difahamkan, bekas ahli Parlimen Hang Tuah Jaya ini akan meminta kiraan semula dilakukan.

Calon Perikatan Nasional (PN) Dr Muhammad Faiz Na’aman yang mendapat 8,822 undi manakala calon Bebas Tawfik Tun Dr Ismail hanya mendapat 226 undi.

Anwar dakwa cukup majoriti bentuk kerajaan.

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Katanya, pihaknya sudah mencapai persetujuan dan persefahaman dengan beberapa pihak bagi tujuan berkenaan.

Menurutnya sebagai blok terbesar, mereka mempunyai majoriti melebihi 111 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ditanya mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perikatan Nasional (PN) mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan, beliau berkata mustahil untuk PN membentuk Kerajaan Persekutuan.

 

“Itu mustahil,” katanya pada sidang media di sebuah hotel sebentar tadi.

Pengerusi PH itu bagaimanapun enggan mengulas sama ada pihaknya akan menjalin kerjasama dengan GPS dan GRS bagi membentuk Kerajaan Persekutuan, sebaliknya hanya menjelaskan sudah mencapai persetujuan dengan beberapa pihak di peringkat Persekutuan dan negeri.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*