
USAHAWAN kosmetik Datin Seri Nur Shahida tetap menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia apabila keluar mengundi walaupun berada dalam keadaan tidak sihat.
Shahida, 37, dilihat berkerusi roda sambil ditolak oleh suami, Datuk Seri Aliff Syukri ketika hadir di salah sebuah pusat pembuangan undi di Selangor pada Sabtu.
“Alhamdulillah, selesai mengundi. Tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” tulisnya di Instagram.
SPR Mudahkan Urusan mengundi,
Shahida yang sedang hamil anak keenam turut memuat naik video memperlihatkan dia duduk di atas kerusi roda.
Shahida ditemani suami ketika turun mengundi.
Tidak hanya ditemani Aliff, kehadiran Shahida di pusat mengundi turut ditemani anak lelakinya, Ammar Ahyyan.
Dalam pada itu, Shahida berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, rakyat berhak memilih pemimpin terbaik untuk menerajui negara.
Menurutnya, siapa pun yang akan menang dan berjaya membentuk kerajaan, mereka perlu diraikan kerana ia merupakan suara majoriti rakyat Malaysia.
“Negara demokrasi rakyat berhak memilih siapa terbaik pada pandangan mereka.
“Siapa pun yang menang dan akan membentuk kerajaan nanti, kita raikan sebab itulah pilihan majoriti rakyat Malaysia berbilang bangsa,” katanya.
Tambah Shahida, tidak kira apa yang berlaku, kehidupan tetap perlu diteruskan untuk mencari rezeki dan yakin kerajaan baharu mahukan terbaik untuk rakyat dan negara.
Terdahulu, Shahida yang sedang hamil empat bulan mengalami pendarahan hingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan tidak boleh berjalan selama tiga hingga enam bulan akan datang bagi mengelakkan perkara sama berulang.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply