Datuk Seri Anwar Ibrahim Menang Di Tambun, Peja Gigit Jari..Ramai Hero UMNO Kecundang

IPOH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi memenangi kerusi parlimen Tambun dengan majoriti 5,328 undi.

Sehingga tengah malam, presiden PKR itu memperoleh 32,026 undi, menewaskan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari Perikatan Nasional (PN), yang memperoleh 26,698 undi. Calon Barisan Nasional Datuk Aminuddin Md Hanafiah memperoleh 16,275 undi dan calon Parti Pejuang Tanah Air Abdul Rahim Tahir mendapat 656 undi.

Kawasan Tambun terdiri daripada 71.2 peratus Bumiputera, 18.1 peratus Cina dan 10.3 peratus India, dengan kaum lain membentuk baki.

Seramai 160,558 pengundi Tambun atau 155,802 pengundi biasa, 4,734 pengundi awal, serta 22 pengundi tidak hadir (luar negara) layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Ramai hero Umno kecundang.

KEPUTUSAN awal menunjukkan Umno kehilangan banyak kerusi yang ditandingi tokoh terkemuka pari tersebut.

Veteran parti itu Tengku Razaleigh Hamzah tewas di kerusi Gua Musang dengan majoriti 163 undi di tangan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Azizi Abu Naim.

Tengku Razaleigh yang mengawal kerusi itu selama 11 penggal tewas dalam pertandingan empat penjuru.

Seorang calon baharu Umno Tengku Zafrul Abdul Aziz tewas di Kuala Selangor.

Khairy Jamaluddin yang beralih dari kerusi Rembau ke kubu Pakatan Harapan (PH) di Sungai Buloh juga kecundang.

Tengku Adnan tewas di Putrajaya di tangan Menteri Pendidikan Radzi Jidin.

Umno turut terlepas kerusi Tanjung Karang selepas kerusi itu tidak lagi ditandingi Noh Omar. PN berjaya menguasai kerusi itu menewaskan calon baharu Barisan Nasional (BN) Habibah Mohd Yusof.

Tanjong Karang dimenangi Mohd Zulkafperi Hanapi yang juga menewaskan tiga calon lain.

Di Padang Terap, Mahdzir Khalid yang merupakan orang kuat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga kecundang.

Beliau ditewaskan calon PN Nurul Amin Hamid dengan majoriti hampir 11,000 undi.

Di Kota Belud pula bekas menteri Abdul Rahman Dahlan tewas di tangan calon Warisan Isnaraissah Muniral Majilis dengan majoriti 4,582 dalam pertandingan tiga penjuru.

Bekas penyandang kerusi Pulai selama tiga penggal, Nur Jazlan gagal dalam kempen merampasi kerusi itu dari Amanah. Ia dimenangi pemimpin parti tersebut Salahuddin Ayub.

Dalam pada itu, BN turut merampas kerusi majoriti Melayu di ibu kota, Titiwangsa dari PN.

Sumber Hmetro.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*