
PELAKON Datuk Seri Eizlan Yusof hilang wang deposit sebanyak RM10,000 selepas tewas di Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Eizlan atau Idris Md Yusof, 51, yang mewakili parti Gabungan Tanah Air (GTA) di bawah Pejuang hanya mendapat 460 undian.
Kerusi parlimen itu dimenangi oleh Kalam Salam daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti sebanyak 5,056 undi.
Kalam secara keseluruhan mendapat 17,973 undi.
Eizlan hilang wang deposit pilihan raya.
Dua lagi calon bertanding adalah Datuk Abd Rahman Bakri (Barisan Nasional) dengan 12,917 undi manakala Shamsul Maarif Ismail (Pakatan Harapan) mendapat 9,627 undi.
Sementara itu, Eizlan tetap komited untuk meneruskan khidmat dan bakti sebagai kumpulan pendesak.
“Saya adalah orang yang suka bekerja dan bukan hanya bercakap kosong.
“Saya akan terus mendesak wakil rakyat supaya menyelesaikan masalah berkenaan, selaras dengan tanda pagar #jomkitabuatkerja,” katanya.
Eizlan sebelum ini memberitahu tidak mahu memberi janji-janji kosong kepada rakyat, sebaliknya merasakan suara mereka lebih penting untuk di bawa ke Parlimen.
Pelakon ini juga sebelum ini membuat manifesto untuk mewujudkan jawatankuasa komuniti bagi membolehkan rakyat meluahkan masalah dan keperluan mereka.
Lari dari Titiwangsa, Rina Harun berkubur di Sepang.
DATUK Seri Rina Harun yang mewakili Perikatan Nasional (PN) nampaknya gagal merebut kerusi Parlimen Sepang apabila sekadar memperoleh 6,763 menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)
Calon Pakatan Harapan (PH) Aiman Athirah kini mendahului dengan 19,256 undi.
Saingan lapan penjuru di Sepang turut menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Anuar Basiran setakat ini memungut 5,859 undi.
Calon Parti Pejuang Tanah Air Che Asmah Ibrahim pula memperoleh 496 undi sahaja.
Daud Leong (Parti Utama Rakyat) hampa dengan 85 undi, diikuti M. Muneswaran (Bebas) dengan 70 undi, Nageswaran Ravi (Parti Rakyat Malaysia) yang meraih 66 undi dan Shahrul Amri Mat Sari (Bebas) dengan 78 undi.
Untuk rekod, Rina merupakan bekas ahli Parlimen Titiwangsa yang menyandang jawatan sebagai Menteri Wanita dan Keluarga pada 10 Mac 2020.
Menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Rina menang memperoleh 23,840 undi ketika menentang Johari Abdul Ghani (BN) yang mendapat 19,701 undi.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply