
PENYANDANG kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ketinggalan menerusi keputusan tidak rasmi setakat ini.
Nurul Izzah yang merupakan calon dari Pakatan Harapan (PH) memperoleh 11,005 undi.
Pencabar beliau iaitu calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Fawwaz Mat Jan mendahului dengan 17,056 undi.
Sementara itu, Datuk Mohd. Zaidi Mohd Said (Barisan Nasional) mendapat 7,352 undi dan calon bebas, Mohd Nasir Othman (GTA) memperolehi 148 undi.
Keputusan PRU15 [Rasmi]: Syed Saddiq, Muhyiddin menang… Maszlee tewas di tangan BN.
TAN Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili Perikatan Nasional (PN) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti 10,007 undian.
Menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada Sabtu, Muhyiddin yang turut terkenal dengan gelaran ‘abah’ meraih 24,986, menewaskan Iskandar Shah (Pakatan Harapan) yang memperoleh 14,979 undi.
Calon Barisan Nasional (BN) di Pagoh iaitu Datuk Seri Razali Ibrahim pula memperoleh 14,426 undi.
Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut berjaya mempertahankan kerusi Ayer Hitam dengan 18,911 undian, menewaskan Sheik Omar (PH) yang memperoleh 15,948 undian serta Syafiq Aziz (PN) yang mendapat 11,833 undian.
Wee Ka Siong pertahan Ayer Hitam.
Setakat 10.50 malam, Mas Ermieyati turut disahkan memenangi kerusi Parlimen Masjid Tanah dengan majoriti undian sebanyak 4,411, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik pula tewas kepada calon BN, Hasni Mohammad di Parlimen Simpang Renggam.
Maszlee yang juga calon PH memperoleh 16,491 undi manakala Hasni Mohammad menerima 18,312 undi.
Setakat 11 malam, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga disahkan menang dengan majoriti 1,345 undi, sekali gus berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Muar.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply