
HASRAT Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Ampang menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) mungkin tidak akan menjadi kenyataan.
Keputusan tidak rasmi menerusi portal Myundi setakat 9.14 malam memaparkan Rodziah Ismail yang mewakili Pakatan Harapan (PH) sedang mendahului dengan 2,747 pungutan undi.
Zuraida pula sekadar memperoleh 141 undi.
Antara calon lain yang turut bertanding bagi Parlimen Ampang adalah Ivone Low Yi Wen dari Barisan Nasional (BN) yang mendapat 524 undi.
Keputusan itu ternyata tidak berbaloi dengan kempen Zuraida beberapa hari lalu yang dilihat sanggup berdiri di tengah jalan raya, persis peniaga jeruk mangga.
Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatan Nasional) pula meraih 741 undi, diikuti Dr Nurul Ashikin (Pejuang) dengan lima undi.
Selain itu, Brayn Lai (Parti Warisan Sabah) dan Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunons (Bebas) masing-masing hanya mengumpul empat undi.
Tidak ketinggalah, seorang lagi calon bebas iaitu Tan Hua Meng yang masih tidak mendapat sebarang undi setakat ini.
Keputusan PRU15 (tak rasmi): Kubu kuat Azmin sudah goyah, Amirudin mendahului di Gombak.
DATUK Seri Amirudin Shari mendahului di kerusi Parlimen Gombak, setakat pukul 8.30 malam.
Menerusi portal Myundi, Amirudin yang juga calon Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan majoriti lebih 4,500 undi.
Amirudin memperoleh 12,687 undi.
Ia diikuti Datuk Seri Azmin Ali, calon Perikatan Nasional (PN) dengan 8,157 undi.
Sementara itu Megat Zulkarnain Omardin dari Barisan Nasional (BN) memperoleh 5,220 undi, diikuti Datuk Dr. Aziz Jamaludin (Pejuang) dengan 401 undi dan Ir Zulkifli (Bebas) dengan sekadar 92 undi.
Untuk rekod, proses membuang undi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah bermula pada pukul 8 pagi bagi Semenanjung dan 7.30 pagi bagi Sabah dan Sarawak.
Proses pengundian ditutup secara rasmi pada 6 petang.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply