
KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin tewas di tangan Datuk R Ramanan (PH) dalam usaha menawan kerusi Parlimen Sungai Buloh.
Kekalahan itu bermakna Khairy yang kali pertama bertanding di luar Rembau tidak akan kembali ke Parlimen selepas berpeluang berbuat demikian untuk tiga penggal berturut-turut.
Sumber ketika mengesahkan maklumat itu kepada The Vibes berkata, Ramanan berjaya memperoleh undi mencukupi untuk menang, malah jentera Khairy juga secara terbuka mengakui kekalahan tersebut.
Keputusan rasmi bagaimanapun masih belum diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ramanan menewaskan tujuh calon lain untuk mengekalkan penguasaan PH di kerusi berkenaan yang memiliki 158,090 pengundi berdaftar.
Kerusi Parlimen Sungai Buloh disandang calon PH, R Sivarasa yang memenangi kerusi berkenaan pada 2018 selepas memperoleh majoriti undi 26,634.
‘Panglima Selangor’ Amirudin Shari rampas Gombak.
GOMBAK: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menamatkan taklukan tiga penggal guru politiknya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Parlimen Gombak dengan majoriti 12,729 undi.
Amirudin yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) meraih 72,267 undi meninggalkan Azmin yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 59,538 undi.
Mendapat gelaran Panglima Selangor, Amirudin turut meninggalkan jauh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang meraih undi 30,723.
Calon Gerakan Tanah Air (GTA), Jamaludin Mohd Tahir memperoleh 2,223 undi dan seorang calon Bebas, Zulkifli Ahmad mendapat 675 undi.
Setakat pukul 12.53 tengah malam tadi, sebanyak 165,426 undi telah dikira melibatkan 350 peti undi, berbanding 206,666 jumlah pengundi berdaftar di kerusi itu.
Sumber Utusan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply