Keputusan PRU15 [Tak rasmi]: Rafizi Ramli mendahului Parlimen Pandan, Impian Rani Kulup jadi wakil rakyat dihujung tanduk

RAFIZI Ramli mendahului di kerusi Parlimen Pandan, setakat pukul 9.30 malam.

Menerusi portal Myundi, Rafizi yang juga calon Pakatan Harapan (PH) setakat ini memperoleh 20,249 undi.

Ia diikuti Muhammad Farique Zubir Albakri (Perikatan Nasional) sebanyak 4,330 undi.

Datuk Leong Kok Wee daripada Barisan Nasional (BN) mendapat 2,300 undi; calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Tan Sri Ong Tee Keat (1,161 undi) manakala 167 undi diraih Nadia Hanafiah (Gerakan Tanah Air).

Rafizi merupakan penyandang Parlimen Pandan selepas meraih 48,183 undi pada PRU13 sekali gus menewaskan calon BN, Lim Chin Yee (21,454 undi) dan Allan Tan (Bebas) pula mendapat 2,415 undi.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Pandan dimenangi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 64,733 undi sekali gus mengenepikan empat calon lain.

Keputusan PRU15 [Tak Rasmi]: Impian Ahmad Idham, Rani Kulup jadi wakil rakyat dihujung tanduk, Rafiei mendahului di Port Dickson

CALON Perikatan Nasional (PN) Rafiei Mustapha mendahului Parlimen Port Dickson setakat pukul 10.30 malam.

Rafiei memperolehi 5537 undi diikuti Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH) dengan 5531.

Datuk P. Kamalanathan daripada Barisan Nasional (BN) mendapat 4188 undi.

Dua lagi calon yang bertanding iaitu pelakon dan pengarah Dr Ahmad Idham daripada Pejuang Tanahair hanya mendapat 184 undi manakala Rani Kulup sebagai calon Bebas dengan 222 undi.

Untuk rekod, proses membuang undi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah bermula pada pukul 8 pagi bagi Semenanjung dan 7.30 pagi bagi Sabah dan Sarawak.

Proses pengundian ditutup secara rasmi pada 6 petang.

Sumber Mstar .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*