
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, calon Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor.
Beliau mengalahkan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz calon Barisan Nasional yang memperoleh 30,031 undi.
Mohd Noor Mohd Sahar dari Perikatan Nasional mendapat 23,639 manakala calon Pejuang, Mohd Shaid Rosli 1,778.
Kerusi itu sebelum ini disandang oleh Dzulkefly dengan majoriti 8,498 undi.
Ku Li kalah kali pertama dalam 50 tahun, hilang Gua Musang.
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah kalah pertama dalam sejarah karier politiknya selama lebih 50 tahun.
Dia juga kehilangan kerusi Gua Musang yang disandangnya sejak 1986.
Bagaimanapun, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li hanya tewas tipis 163 undi di tangan calon PAS.
PAS dan BN mendapat lebih 21,000 undi manakala Pakatan Harapan (PH) berada di tempat ketiga dengan hanya 4,517 undi.
Ku Li menyertai pilihan raya sejak 1969 melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kelantan Barat dan tidak pernah kalah sejak itu.
Semangat ‘brotherhood’ tak cukup kuat, Lando kalah di Tanjong Karang.
IMPIAN pelakon dan aktivis Azlan Sani Zawawi bergelar wakil rakyat di Parlimen Tanjong Karang lebur apabila tewas ditangan Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi daripada Perikatan Nasional (PN) dengan kemenangan majoriti 15,097 undi.
Dr Zulkafperi memperolehi 18,054 undi manakala Azlan atau lebih dikenali sebagai Lando Brotherhood, 47, daripada parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hanya mendapat 3,557 undi.
Tiga lagi calon lain yang bertanding adalah Datuk Habibah Mohd Yusof (Barisan Nasional) dengan 15,587 undi diikuti Pakatan Harapan diwakili Siti Rahayu Baharin (12,314) dan Mohd Rosni Mastol (Bebas) dengan 1,406 undi.
Lando antara aktivis yang sering turun padang membantu masyarakat.
Sebelum ini, Lando memberitahu dia mahu memperjuangkan tiga agenda utama termasuk hukuman berat terhadap kesalahan rasuah sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kata Lando, hanya parti Pejuang menerima tiga syarat diletakkan termasuk boleh bertanding sebagai calon tetapi tidak berdaftar sebagai ahli politik.
Kedua, sekiranya parti membentuk kerajaan, sebarang kesalahan rasuah melebihi RM100,000 perlu dijatuhi hukuman mati atau hukuman berat.
Syarat ketiga, pelakon ini ingin mengundang semua calon bertanding dengannya untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk bersama membangunkan Tanjong Karang sekiranya menang.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply