
Kuching : Gabungan Parti Sarawak (GPS) memutuskan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama empat lagi pakatan parti politik Semenanjung dan Sabah.
Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata keputusan itu dibuat demi mengukuhkan dan menstabilkan negara serta kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata, kerajaan campuran bersama GPS itu terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) Dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
PH belum ‘buka langkah’, Anwar masih ‘membisu’.
Kuala Lumpur: Pakatan harapan (PH) dilihat masih belum mengadakan sebarang pertemuan dengan gabungan lain bagi membentuk Kerajaan Persekutuan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Biarpun meraih jumlah kerusi Parlimen tertinggi iaitu sebanyak 82 daripada keseluruhan 219 yang dipertandingkan, PH masih perlu ‘memikat’ ahli Parlimen atau gabungan lain bagi melengkapkan sekurangnya 112 kerusi sebelum Kerajaan baharu dapat dibentuk.
Setakat tinjauan petang ini, tiada perbincangan membabitkan pimpinan tertinggi PH bersama gabungan lain seperti Perikatan Nasional (PN) yang meraih 73 kerusi, Barisan Nasional (BN)-30 kerusi atau Gabungan Parti Sarawak (GPS)-22 kerusi.
Malah, turut dilaporkan tiada sebarang kelibat ahli tertinggi PH di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya yang kebiasaannya menjadi lokasi sidang media mereka.
Pengerusi PH juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan tertinggi PH lain dilihat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penggabungan itu.
Bagaimanapun, Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Tambun, semalam mengakui PH mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.
Beliau berkata, PH sudah mencapai persetujuan dan persefahaman dengan beberapa pihak bagi tujuan berkenaan selain menjelaskan pakatan itu mempunyai majoriti melebihi 111 kerusi Parlimen.
Sementara itu, pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di kediaman beliau dekat Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara, di sini, hari ini.
Ketiga pemimpin terbabit dilihat mengambil langkah awal yang bertujuan ke arah pembentukan Kerajaan Persekutuan berikutan keputusan PRU15 yang menyaksikan Parlimen tergantung.
Terdahulu, PRU-15 menjadi saingan paling sengit pernah dihadapi negara, ia berakhir dengan situasi tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.
Sumber Hmetro .
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply