
Veteran DAP, im Kit Siang berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 serta membentuk erajaan Persekutuan memandangkan beliau mempunyai Ahli Parlimen yang tertinggi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bukan itu sahaja, Lim Kit Siang turut mengatakan Malaysia tidak mengamalkan sistem demokrasi berparlimen jika Anwar tidak diberi peluang untuk membentuk sebuah kerajaan dibawahnya.
“Anwar patut diberikan tempoh untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan sekiranya dia tidak berjaya untuk mendapatkan sokongan daripada sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen atau majoriti mudah, barulah Yang di-Pertuan Agong meminta mana-mana calon yang lain pula untuk cuba membentuk kerajaan Persekutuan,” katanya.
Malah, Kit Siang turut memaklumkan sebelum ini Malaysia sudah mempunyai dua Perdana Menteri secara ‘pintu belakang’ dan perkara tersebut tidak wajar diulangi lagi.
“Kita (Malaysia) kini sedang berada dalam era politik gabungan dan kita patut mula dengan prosedur yang berpatutan supaya Malaysia tidak dimalukan di khalayak dunia,” tambahnya lagi.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan supaya gabungan parti politik perlu memberikan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 sebelum jam 2 petang di Istana Negara.
Pemimpin PH, BN adakan perjumpaan pagi ini… bakal muktamadkan kerjasama?.
PIMPINAN Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilaporkan mengadakan pertemuan pada pagi Isnin, bagi memuktamadkan kerjasama politik antara kedua-dua gabungan berkenaan.
Menurut Berita Harian yang memetik laporan sebuah portal berita, pertemuan pemimpin PH dan BN itu dikatakan berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi.
Menurut sumber daripada PH, ia sekadar perjumpaan biasa.
Setakat ini, belum ada mana-mana gabungan parti yang mampu membentuk kerajaan sehingga meletakkan Parlimen dalam situasi tergantung.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lalu, PH memiliki kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi, sementara BN hanya menguasai 30 kerusi.
Untuk makluman, Istana Negara pada Ahad meminta ketua parti politik dan ketua gabungan parti politik mengemukakan nama seorang ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri sebelum pukul 2 petang Isnin.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply