Puteri Balqis diminta reviu produk besarkan payu..dara dan pung..gung, tapi dia tolak, alasan dia beri buat ramai setuju

PELAKON Puteri Balqis memohon maaf kerana terpaksa menolak banyak permintaan untuk membuat reviu menerusi laman sosialnya ekoran produk diberikan tidak bersesuaian dengan masalah kesihatan dihadapinya ketika ini.

Jelas Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 15, ketika ini dia sedang mengambil ubat anti kemurungan dan ubat tidur dalam dos yang tinggi menyebabkan dia tidak boleh sewenang-wenangnya mencuba produk yang mungkin akan memberi kesan lain kepada kesihatannya.

“Ubat anti kemurungan dan ubat tidur yang Aqish sedang ambol sekarang dosnya agak tinggi dan kuat.

“Pengurus Aqish kena pastikan produk reviu yang diambil adalah sesuai sebelum bersetuju.

Masalah kesihatan yang dialami Balqis sering mendapat perhatian peminat

“Jadi Aqish nak minta maaf jika ada antara reviu terpaksa ditolak kerana ada beberapa produk yang kurang sesuai untuk saya lakukan,” katanya.

Aqish membuat penjelasan itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.

Sementara itu, pelakon filem KL Special Force itu memberitahu senarai produk yang terpaksa ditolak adalah produk memutihkan wajah, jami dan krim payudara serta produk makanan kesihatan.

“Aqish rasa produk untuk memutihkan ini tidak sesuai sebab saya kurang pengetahuan tentang produk sebegini dan tidak mahu menyampaikan maklumat yang salah.

“Ada juga minta saya promosi jami dan krim payudara serta punggung tetapi saya tolak kerana tidak mahu timbulkan isu memandangkan saya bawah umur.

“Macam produk makanan pula, ada yang saya cuba pertimbangkan tetapi ada kesan negatif pada badan Aqish sampai muntah dan demam,” jelasnya.

“Macam Adik-Beradik” – Foto Puteri Balqis & Ibunya Cetus Rasa Kagum Peminat!

Nama pelakon muda, Puteri Balqis mencuri perhatian peminat selepas berkongsi foto bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Balqis memuatnaik beberapa foto bersama ibunya serta mengatakan bahawa mereka pernah ‘hancur’ dalam pelbagai cara. Namun, mereka kembali bersatu secara perlahan-lahan.

“We’re broken in so many ways, but I piece us back together slowly.”-Kapsyen Balqis di Instagram

“Macam Adik Beradik..”

Hantaran Puteri Balqis turut dibanjiri dengan komen netizen yang rasa kagum dengan hubungan kekeluargaan Puteri Balqis bersama ibunya, malah ramai yang teruja dengan ibunya yang tetap anggun dan kelihatan seperti adik beradik dengan Puteri Balqis.

“Mak dia nampak macam kakak dia comel je.”

“Betul-betul copy paste mak dia .”

“Itu Mommy ke kakak. Your mother look young. So beautiful.”

“Happy cara kita kan. Aqish, nampak happy sangat awak semua Alhamdulillah.”

“Macam adik beradik. All the best kamu berdua.”

“Family is always important, Aqish.”

Sekadar info, ibu kepada Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz sebelum ini pernah mendakwa bekas suaminya, Azizi Aziz mempunyai banyak kesalahan jen.ayah, termasuklah memaksanya tidur di dalam bilik yang dipenuhi dengan lelaki yang sedang berkh.ayal.

Untuk rekod, Balqis sebelum ini mendedahkan terpaksa mendapatkan kaunseling daripada pakar psikiatri bagi merawat masalah gangguan emosi dihadapinya.

Sumber Mstar .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*