
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan supaya Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan perpaduan.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun memaklumkan kepada Baginda yang pihaknya tidak mahu bekerjasama dengan PH kerana itu menjadi prinsip gabungan itu sejak dulu.
Muhyiddin berkata, beliau diminta menandatangani satu dokumen, namun beliau menulis nota menyatakan tidak bersetuju mengenai cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan.
Beliau berkata, PN menyerahkan dokumen mengandungi akuan berkanun membabitkan 115 Ahli Parlimen kepada Istana Negara, semalam.
Katanya, dokumen itu dihantar secara dalam talian dan pihaknya juga sudah menerima akuan penerimaan daripada Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Sebab itu, kami yakin kami dapat membentuk kerajaan tapi maklumlah bila saya menghadap tadi, dikatakan ini tidak cukup.
“Saya tidak tahu apakah sebab di sebalik itu tapi buktinya ada di sini,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, lewat petang ini.
VIDEO:
Terdahulu, Muhyiddin memasuki Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, berkaitan isu pelantikan Perdana Menteri ke-10 pada jam 4.08 petang, sebelum keluar daripada kira-kira 5.15 petang.
Sumber: HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply