
Presiden Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan sudah mendapatkan akuan bersumpah daripada beberapa Ahli Parlimen untuk menyokongnya sebagai Perdana Menteri ke-10.
“Kalau dia tak cukup membentuk kerajaan, dia gabungkan dengan Pakatan Harapan maka waktu itu boleh menang kononnya.
Kalau menang Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri dan dia mungkin berharap kalau Anwar Ibrahim jadi PM, Anwar akan gugurkan segala kes di Mahkamah.”
Sebelum ini, Zahid telah bertemu dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Dato Anwar Ibrahim dan didakwa mahu menggabungkan kedua parti itu untuk membentuk kerajaan.
Namun, kata putus bagi situasi tersebut masih lagi belum dimaklumkan.
PM Menghadap Agong
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini, hari ini.
Beliau yang menaiki kereta Audi berwarna hitam tiba di Pintu Utama Istana Negara jam 2.50 petang tadi sebelum kenderaan itu dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara jam 4.15 petang tadi.
Beliau juga sempat menurunkan tingkap kenderaan dan melambai ke arah pengamal media yang berkumpul di Pintu Utama Istana Negara seawal jam 9 pagi tadi.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti dan menamakan calon Perdana Menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang hari ini.
Bagaimanapun, baginda, hari ini, memperkenan tempoh berkenaan dilanjutkan sehingga jam 2 petang esok susulan permohonan ketua parti politik dan gabungan parti politik yang diterima Istana Negara, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Parlimen Malaysia boleh disifatkan kini berada dalam keadaan tergantung atau ‘hung parliament’ selepas SPR mengumumkan tiada parti memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada 219 kerusi dipertandingkan pada PRU-15, semalam.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dipetik berkata, setakat jam 4.30 pagi, semalam, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) 73 kerusi, Barisan Nasional (BN) 30, Gabungan parti Sarawak (GPS) 22, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) enam kerusi, Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) dan Parti Bangsa Malaysia (satu).
Kredit: TikTok.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply