Lagu ‘Selamat Pengantin Baru’, Dilaung Penyokong JDT Buat Safawi, Rupanya Safawi Bakal Kahwin?

Satu perkongsian video pengguna TikTok malam tadi mencuri perhatian wargamaya apabila para penyokong bola sepak yang hadir di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, menyanyikan lagu Selamat Pegantin baru buat pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid.

Menerusi video yang dikongsi pemilik akaun @Ahboysalo, Safawi yang pada ketika itu berada di tepi padang dilihat memberikan penghormatan dan melambaikan tangan buat para penyokong.

Video pendek itu memaparkan para penyokong yang memenuhi stadium ‘menghadiahkan’ lagu yang dipopularkan oleh Wann itu buat Safawi.

Penyokong Nyanyi Lagu 'Selamat Pengantin Baru', Safawi Bakal Kahwin Syifa Melvin?

Situasi tersebut dipercayai dirakam sejurus tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022 di antara pasukan JDT dan Sabah FC.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat memberikan reaksi pelbagai yang mana rata-ratanya mengusik selain mendoakan yang baik-baik buat pemain yang menyarung jersi pasukan JDT nombor 11 itu.

Makcik nak dia lupakan dulu soal kahwin'

“Kad dah siap dah pun. Selamat pengantin baru in advance Pawi.”

“Saya yang kahwin dengan sepupu dia pun tak tahu dia nak kahwin.”

“Ceyy dah nak kahwin.”

“Dulu nyanyi lagu Pengantin Baru untuk TMJ ramai-ramai di Stadium Larkin. Hehehe…”

“Dah nak kahwin ke dia.”

“Lahh crush saya dah nak kahwin ke.”

Lupakan Dulu Soal Kahwin," Ini Luahan Ibu Safawi Rasid Terhadap Kontroversi Anaknya Dengan Syifa Melvin

Sebelum ini, kisah hubungan akrab Safawi dan Syifa Melvin yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin menjadi buah ramai.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak yang menjelaskan mengenai hubungan sebenar yang terjalin di antara mereka berdua.

Dalam pada itu, menerusi perlawanan malam tadi, JDT selaku tuan rumah berjaya menumpaskan Sabah FC 4-1, sekali gus melayakkan mereka ke pentas akhir Piala Malaysia 2022.

TMJ Naik Angin di IG? Syifa Melvin Nafi Paksa Safawi Rasid Kahwin - Murai MY

Video,

 

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*