“Ustaz dia x tegur ke..” Tampil Dengan Imej Berskirt, Netizen Pelik Cara Neelofa Berpurdah

Penghijrahan yang dilakukan oleh pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor telah mendapat respon baik daripada netizen.

Malah penghijarahan tersebut sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada wanita muslimah yang lain untuk berubah.

Tak dinafikan, pelbagai fesyen menutup aurat yang digayakan usahawan berusia 33 tahun ini telah menjadi ikutan ramai para wanita muslimah.

Namun baru-baru ini, pakaian yang diperagakan Neelofa dalam satu majlis terkemuka telah menarik perhatian netizen.

    

Menerusi foto yang dimuat naik Neelofa di Instagram, memaparkan dirinya menggayakan pakaian berwarna hitam yang kelihatan agak singkat.

Meskipun menggayakan dengan kasut boot kulit dan tidak menampakkan aurat seperti warna kulit namun rata-rata netizen menganggap fesyen tersebut tidak sesuai dengan imejnya yang berniqab.

Tidak kurang juga, ada dalam kalangan netizen menganggap pakaian tersebut terlalu menonjol dan berlebihan.

Susulan daripada itu, rata-rata netizen mula mempersoalkan kenyataan yang pernah dikeluarkan Neelofa sebelum ini.

Dia memaklumkan bahawa gaya dan penampilannya di khalayak selama ini sebenarnya mendapat keizinan suami, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail.

Menurut mereka, wanita berniqab sepatutnya menggayakan pakaian yang simple dan tidak keterlaluan selain tidak memakai skirt yang singkat sehingga menampakkan bentuk kaki.

Sumber Ohtrending.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*