
PELAKON Ungku Ismail berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatan aktres Nad Zainal yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah.
Menurut Ungku, Nad masih lagi berada dalam keadaan kritikal dan sehingga kini doktor masih belum dapat mengesan punca berlakunya pendarahan tersebut.
Nad bagaimanapun disahkan mengalami autoimun iaitu sistem imun tubuh menyerang sel atau tisunya sendiri.
“Yang pasti pendarahan berterusan… on off, jadi doktor terpaksa mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru.
“Bermacam-macam ubat sudah diberikan termasuk antibiotik, namun tidak memberi apa-apa kesan atau tindak balas terhadap jangkitan yang dialami.
“Dia masih lagi dalam ICU,” katanya ketika ditemui mStar di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
Dalam pada itu, Ungku memberitahu Nad ke hospital untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh apabila berasa cepat letih dan tidak sihat.
Setiba di Hospital dan doktor buat pemeriksaan baru sedar paru paru Nad Zainal dipenuhi darahh.
Doktor beritahu sekiranya seseorang itu penuh darahh dalam paru paru dia akan alami batuk berdarah tetapi menurut Ungku Ismail tiada batuk berdarahh berlaku.
Nad Zainal sangat kuat… Penjelasan penuh di video bawah.
VIDEO PENJELASAN UNGKU ISMAIL TENTANG KEADAAN NAD ZAINAL
‘Nad Zainal Kritikal Di ICU, Keadaannya Lemah Oksigen Kurang Dalam Darah ’, Ini Kata-Kata Sayu Bekas Suami Nad Zainal.
KEADAAN terkini pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada paru-paru sejak Ahad lalu dilaporkan semakin kritikal.
Berita itu dikongsi oleh rakan artis iaitu Ungku Ismail yang turut berada di hospital ketika dihubungi mStar pada pagi Rabu.
“Nad sekarang kritikal. Dia masih berada di unit rawatan rapi (ICU) dan keadaannya lemah disebabkan kandungan oksigen kurang dalam darah.
Ungku harap semua dapat doakan untuk kesihatan Nad.
“Doktor perlu letakkan dia dalam keadaan rehat supaya lebih stabil,” katanya.
Berkongsi perkembangan lain, Ungku memberitahu terdapat pendarahan di bahagian paru-paru aktres berkenaan dan dia perlu menjalani beberapa rawatan susulan.
“Sebelum ini doktor dah berikan antibiotik, kemudian ada pendarahan di bahagian paru-paru. Itu yag baru berlaku.
“Pihak hospital akan menjalani beberapa rawatan lain pagi ini (Rabu) untuk masalah tersebut,” ujarnya.
Dalam masa sama, Ungku turut memohon doa orang ramai agar mendoakan rakan baiknya itu kembali pulih.
Nad perlu jalani beberapa rawatan susulan.
Dia juga berharap tidak ada mana-mana pihak yang membuat sebarang spekulasi berkaitan penyakit yang dihidapi Nad demi menjaga hati keluarga.
“Sejak masuk hospital Ahad lalu, saya memang ada sentiasa menemani dia. Saya cuba bantu apa yang termampu ketika dia dalam keadaan begini.
“Sama-samalah kita doakan Nad kembali pulih. Harap tidak ada sebarang spekulasi yang tidak betul!” ujarnya.
“Beri Ruang Untuk Kami Hadap Ujian Ni” – Anak Nad Zainal Kini Dibawah Jagaan Bekas Suami
Pelakon, Nad Zainal dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal dan dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Tidak ketinggalan, bekas suami kepada pelakon itu iaitu Faliq Amiruddin turut meluahkan rasa bimbang dan memohon doa daripada orang ramai.
Kita minta doakan yang baik-baik untuk Nad Zainal.”
Bagaimanapun, Faliq meminta diberikan ruang buat dirinya dan keluarga untuk berhadapan dengan ujian ini dengan cekal.
Maaf, saya sedang serabut dengan banyak perkara sekarang.”
Dalam pada itu, bekas suaminya turut memaklumkan dua orang anak mereka iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom kini berada bawah jagaannya.
Anak-anak semua ada dengan saya sekarang ini. Maaf saya tak boleh beri komen panjang.”
Difahakam sebelum ini, Nad atau nama sebenarnya Nadia Zainal Abidin pernah dijangkiti Covid-19 pada 13 Mac lalu dan mendedahkan mengalami batuk berkahak akibat pasca Covid-19 sehingga menyukarkannya untuk bekerja.
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply