Arwah Tuan Guru Nik Aziz Sentiasa Berdoa Anwar Jadi Perdana Menteri, Rupanya Ini Sebab Anwar Layak Jadi PM

AMPANG – Sebelum Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhir, bekas Menteri Besar Kelantan itu memberitahu bahawa Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri yang mempunyai kepimpinan mantap dan kuat.

Amanat itu kerap kali disampaikan kepada Datuk Husam Musa ketika bersama Parti Islam SeMalaysia (Pas) sebelum ini dan mahu hasrat itu ditunaikan kerana beberapa sebab.

Menurut Husam, semua ciri-ciri yang dinyatakan Allahyarham Nik Abdul Aziz itu dimiliki oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blogger: SAYA MAHU ANWAR JADI PM - NIK AZIZ

“Malam ini saya datang untuk melengkapkan harapan dan misi Tok Guru Nik Aziz. Ustaz Nik Omar lebih tahu, Malaysia memerlukan Anwar menjadi Perdana Menteri kerana beberapa sebab.

“Pertama kepimpinan yang mantap, negara hanya boleh jadi kuat kalau pemimpinnya kuat.

“Siapakah calon Perdana Menteri yang kita ada pada hari ini? Antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Anwar.

“Siapa calon Perdana Menteri yang boleh menguatkan Malaysia,” katanya berucap pada Majlis Pengumuman Calon Parlimen PKR di Taman Kosas, di sini, malam tadi.

WOW!!!! ANWAR BAWA PERJUANGAN ISLAM… – NIK AZIZ – MPP Online

Husam juga memberitahu, Allahyarham Nik Abdul Aziz merasakan Anwar paling layak menggalas tugas itu kerana rekod prestasinya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang berjaya sebelum ini.

“Anwar membawa agenda perumahan mampu milik untuk rakyat di bandar dan di desa.

“Semasa saya menjadi sebahagian daripada jentera untuk menentang Barisan Nasional (BN) dalam Pas, yang paling kami gerun adalah Anwar Ibrahim.

“Kerana apa? Bukan kerana pidato yang kosong, kerana agenda perumahannya, ikhtiar untuk masyarakat miskin di luar bandar, universiti Islam, bank Islam, agenda Islamisasi yang direalisasikan.

“Tok Guru Nik Aziz kata Anwar telah berjaya menterjemahkan Islam yang syumul,” katanya.

Nik Aziz Nik Mat: Dalam Kenangan | Astro Awani

Sementara itu, Husam juga berpesan kepada Anwar jika mahu menjadi Perdana Menteri, beliau perlu memastikan dua negeri yang ditadbir Pas menyumbang sekurang-kurangnya satu kerusi setiap satu.

“Kalau Anwar nak jadi Perdana Menteri, Kelantan dan Terenagganu mesti ada kerusi yang menang bagi Pakatan Harapan (PH).

“Kalau Kelantan boleh menyumbang satu (kerusi), Terengganu boleh menyumbang satu, mengukuhkan langkah kita ke Putrajaya.

“Kalau PH boleh menyumbang lebih (kerusi) daripada Kelantan dan Terengganu, harapan kita lebih menjadi cerah

“Saya berharap anak-anak Kelantan di perantauan berkorban diri untuk balik mengundi menjadikan perubahan Malaysia dengan mengundi calon-calon PH,” katanya lagi.

The simple life of Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sumber Malaysia GAzette

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*