
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, sebentar tadi.
“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
“Ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” demikian menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin melalui satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu menyebut, pada sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, baginda telah berkenan mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu bahawa proses pelantikan Perdana Menteri baharu adalah susulan daripada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu lalu.
“Perbincangan khas itu juga bertujuan bagi Seri Paduka mendapat pandangan Raja-Raja Melayu untuk membolehkan baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.
“Proses di atas adalah bagi membolehkan Seri Paduka membuat keputusan melantik seorang Ahli Dewan Rakyat pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan”.
Ahmad Fadil berkata, proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadual jam 5 petang ini di Istana Negara.
“Seri Paduka mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang, tidak menang semua dan yang kalah, tidak kalah semua. Justeru, bagai biduk lalu, kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semua saf antara semua Ahli-Ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara tercinta,” katanya.
Katanya, baginda menegaskan, negara ini umpama harta pusaka di mana pemimpin adalah pemegang amanahnya, perlu dijaga kerana ia bakal diwarisi generasi yang akan membawa negara terus ke mercu kejayaan.
“Seri Paduka juga berpesan kepada Perdana Menteri dan kerajaan baharu yang bakal dibentuk untuk mengambil resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.
“Hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah kerajaan stabil untuk merancakkan landskap ekonomi dan pembangunan negara.
“Ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih turut diingatkan supaya mempamerkan soladiriti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.
Seri Paduka turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sokongan berterusan Raja-Raja Melayu dalam menyempurnakan tanggungjawab baginda selaku Raja Berpelembagaan yang berteraskan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
“Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu turut menyokong pendirian Seri Paduka Baginda bagi pembentukan kerajaan yang stabil dengan secepat mungkin berikutan PRU15 menerusi proses yang penuh cermat dan teliti serta pemerhatian yang mendalam.
“Seri Paduka Baginda memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan menyeru rakyat agar terus beristiqamah serta bertenang dan bersama mendoakan agar negara sentiasa diberkati, dirahmati dan di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi daripada sebarang bencana dan musibah,” katanya.
INI RESPOND SEMPOI ‘NAJIB RAZAK’
Walaupun bekas Perdana Menteri, Najib Razak sedang berada di dalam penj4ra tetapi akaun sosial media beliau tetap aktif.
Sejurus selepas Istana umumkan PM 10 adalah Dato Seri Anwar Ibrahim, admin akaun Twitter Najib Razak telah memuat naik 1 gambar yang mendapat pelbagai reaksi dari netizen.
Gambar tersebut menunjukkan bahawa semua yang berada di dalam gambar tersebut pernah menjadi Perdana Menteri.
Antara komen nakal netizen,
Pengorbanan DSNR Akan Menjadi Lipatan Sejarah Untuk Dicontohi Oleh Generasi Akan Datang. Kami Berdoa Agar Keadilan Akan Dikurniakan Allah SWT Untuk Pemimpin Yang Kami Sayangi , DSNR.
Tetapi Diantara 4 Orang Tersebut Bossku Najib Razak Adalah Pm Yg Terbaik
Tahniah Semua… Tahniah Dsai… Walaupun Masih X Percaya Dan X Boleh Nk Adapt Lg….Namun Masih Terus Bersangka Baik Mungkin Allah SWT Sebaik2 Yg Maha Mengetahui…Dia Lebih Tahu Mana Yg Terbaik…
Alhamdulilah,Rindu Dengan DS Najib.. Semoga DS Najib Sihat2 Selalu Dan Dipermudahkan Urusan Aamiin
Lepas Ni DSNR Akan Kembali Memimpin Negara .. Anwar Boleh Kenapa DSNR Tidak Boleh ! Kami Semua Tunggu Saat Itu .. Semoga Allah Mempermudah Semua Urusan DSNR Sekeluarga .. Aamin,Yaa Mujib
Alhamdulillah. Terbaik DSNR. Doakan Yang Baik2 Untuk Negara Kita.
Rindu DSNR..Takut Dgn Segala Kemungkinan Yg Dtg..Moga Allah Melindungi Malaysia..Allahurabbi
Throwback Terbaik DS. Merasa Semua.. Tiba Masa Dsai Tunjukkan Lah Pula Apa Yg Dilaung2kan Sangat Selama Ini. Izin Allah Yg Berkehendak, Kami Rakyat Akur Dan Pasrah.. Doa Yg Baik2
Yg Penting Sekali….Allah Melihat, Malaikat Mencatat Sbb Semua Akan Menemui-Nya Utk Dihitung Baik Buruk Semasa Hayatnya…Moga Baik2 Saja Utk Kita Semua
Sumber : BHARIAN ONLINE / Twitter Najib Razak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply