
PENANTIAN rakyat Malaysia berakhir apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
Kira-kira pukul 5 petang Khamis, momen bersejarah itu disaksikan bukan sahaja rakyat di negara ini malah masyarakat dunia menerusi pelbagai platform digital yang menyiarkannya secara langsung.
Namun di sebalik istiadat mengangkat sumpah bagi jawatan itu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, terselit momen lucu hingga menarik perhatian warga maya.
Menerusi klip pendek yang disiarkan semula di Twiter @brgsjks, dapat dilihat Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun terlupa aturan istiadat sejurus menerima watikah lantikan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Anwar kelihatan berjalan menuju ke tempat duduknya untuk menandatangi Surat Cara Pelantikan sebelum tersedar bahawa dia belum melafazkan angkat sumpah jawatan.
Sejurus selepas itu, Perdana Menteri kembali ke tengah Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara untuk Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10.
Kesilapan kecil itu tidak menjadi isu besar sebaliknya rata-rata netizen melihat ia sebagai momen yang mencuit hati.
“Nervous dia, terus nak sign mat… terlupa kena angkat sumpah dulu.
“Sebelum tu tak sempat panggil nama dah bangun sendiri.
“Gugup sampai lupa step dah. Tahniah DSAI,” komen beberapa netizen di Twitter.
Video tersebut turut tular di pelbagai platform media sosial lain kerana terhibur selepas menontonnya.
“Terlupa step pula. Tak apalah… rehearsal tak ada kan.
“Apa-apa pun tahniah atas pelantikan (sebagai) PM ke-10.
“Janji-janji jangan lupa. Rakyat is watching. It’s your turn to lead the government,” tulis Tengku Nasran di TikTok.
Turut berangkat ke istiadat berkenaan adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Anwar, 75, yang berbaju Melayu hitam lengkap bersamping warna keemasan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Tangkap layar video yang tular di TikTok.
Presiden PKR itu mencipta rekod dengan menamatkan penantian 24 tahun untuk bergelar Perdana Menteri.
Upacara disaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Tambun memperoleh 49,625 undi dengan majoriti sebanyak 3,736 undi.
Beliau menewaskan pencabar utama, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden BERSATU.
Video,
The moment is now. Now is the moment. The now is the moment. Now the moment is. pic.twitter.com/GMDtQHKKQR
— brgsjks (@brgsjks) November 24, 2022
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply