Elizabeth Tan Beritahu Kepala Dia Botak. Rupanya Apa Yg Dia Hadapi Adalah Perkara Agak Serius Smp Dia Sendiri Malu

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan akui kurang keyakinan diri selama ini apabila mendedahkan menghadapi masalah alopecia atau keguguran rambut kritikal akibat penyakit autoimun.

Menurut Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy, alopesia yang dihadapi semenjak 2018 itu telah menyebabkan kepalanya bertompok botak.

“Sebenarnya saya alami autoimun sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit.

“Pada 2018, autoimun pula menjadi penyebab saya mengalami alopesia. Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar.

Elizabeth Tan Dedah Alami Tompokan Botak Di Kepala- "Saya Tak Mahu Orang Kasihan..."

“Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepada krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu merebak.

Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi,” katanya kepada Astro Gempak.

Lizzy ditemui ketika sidang media Festival Filem Malaysia ke-32 di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Kata Lizzy, terdahulu dia tidak mendedahkan penyakit yang dialami sebelum ini kerana enggan meraih simpati orang ramai.

“Memang sebelum ini saya tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada orang ramai atau media sosial terutamanya peminat.

Elizabeth Tan tinggalkan Warner Music

“Mana tidaknya, setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan.
“Saya tak mahu orang rasa kasihan dengan penyakit yang saya alami.

Tetapi, saya rasa sudah tiba masanya saya beritahu orang mengenai perkara ini,” ujarnya.

Justeru, Lizzy terpaksa menolak tawaran lakonan yang memerlukannya untuk memotong rambutnya pendek.

“Saya pun baru sahaja menolak tawaran untuk membintangi sebuah filem yang memerlukan saya memotong rambut seperti lelaki.

“Saya takut rambut lambat tumbuh dan alopesia kembali menyerang selepas saya memotong rambut,” katanya.

Sumber : GEMPAK.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*