Terkejut Dengan Keadaan Nad Zainal, Nabila Huda Tampil Dedah Sesuatu Pasal Kawan Baik Selepas Selesai Melawat Di Hospital

PELAKON Nabila Huda terkejut apabila mendapat perkhabaran sahabat baiknya iaitu Nad Zainal dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.

Nabila Huda, meminta agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi berhubung keadaan sahabat baiknya, Nad Zainal, yang kini masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut pelakon berusia 37 tahun itu, adalah lebih baik orang ramai mendoakan dan menghormati situasi serta perasaan keluarga yang sedang melalui keadaan sukar.

Tergamam mendengar berita itu, Nabila, 38, berkata ini merupakan kali pertama dia melihat sahabatnya itu terbaring di atas katil di unit rawatan rapi.

“Saya tidak pernah berada dalam situasi di mana sahabat baik saya terpaksa ditempatkan di unit rawatan rapi.

Nabila Huda hanya buka gerai... Jangan impikan layanan macam restoran mahal - Sensasi | mStar

“Sudah tentu sebagai salah seorang kawan rapat Nad, saya terkejut melihat keadaannya ketika itu,” katanya kepada mStar.

“Benda macam ini, kita boleh fikir sendiri. Dalam keadaan Nad begini, jangan timbulkan spekulasi yang boleh membawa kepada unsur fitnah.

Nabila berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Nabila berkata dia dan rakan-rakan artis yang lain termasuk Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah dan Nadiah Aqilah sempat memberikan kata-kata semangat ketika melawat Nad di hospital pada Rabu lalu.

Nad Zainal dipantau empat doktor

“Kami semua hanya berikan kata-kata semangat buat Nad, pada ketika itu paras oksigen Nad memang rendah.

“Saya berkata kepadanya… You can do this Nanad (nama panggilan Nad), keep on breathing… sebelum kami balik tahap oksigennya meningkat sehingga paras 92.

“Apa yang bagusnya dalam industri ini, kita bermusuh macam mana sekali pun, tapi kalau berkenaan dengan sakit, pasti semuanya akan mendoakan yang baik-baik.

Nad Zainal Tunjuk Perkembangan Positif, Tahap Oksigen Meningkat' – Elvina Mohamad

“Ramai rakan selebriti yang mendoakan Nad. Lagi pun, Nad tak pernah ada masalah dengan orang. Nad memang orang yang baik dan mungkin kerana itu ramai yang mendoakannya,” ujarnya.

“Saya sendiri tidak suka baca atau dengar benda yang tidak betul. Saya tahu ramai sahaja yang nak bercakap, mungkin mereka mengambil berat tetapi harapnya jangan sampai timbul fitnah. Adalah lebih baik kita semua mendoakan dia segera sihat,” katanya.

Doa untuk Nad Zainal banjiri media sosial - Kosmo Digital

“Bila saya sampai hospital, terharu tengok rakan-rakan artis yang sanggup bersengkang mata menunggu Nad.

“Saya terharu bila ramai peminat dan mereka yang mengenali Nad mendoakan sahabat saya itu,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan pelakon itu dilaporkan mula menunjukkan perkembangan positif dan perlu menjalani rawatan buah pinggang disebabkan organ berkenaan sedikit terjejas.

Doktor mungkin mulakan rawatan baharu, darah Nad akan dicuci"- Ungku Ismail

Pada Selasa lalu, Nad dimasukkan ke unit rawatan rapi akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdrh. Bagaimanapun, keadaan kesihatan pelakon itu dilaporkan mula menunjukkan perkembangan positif dan perlu menjalani rawatan buah pinggang disebabkan organ berkenaan sedikit terjejas.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*