Baru 6 Bulan Bersalin, Mengandung Lagi! ‘Mental Koyak’, Wanita Ini Berkira-Kira Nak Gugur Tapi Suami Pula Ugut Talak

ANAK sememangnya anugerah dan harta yang tidak ternilai bagi setiap pasangan yang berumah tangga.

Bagi memastikan institusi kekeluargaan dilayari dalam suasana yang bahagia serta harmoni, kebanyakan pasangan muda memilih untuk mengamalkan perancangan keluarga sesuai dengan situasi kewangan masing-masing.

Mana tidaknya, dalam zaman yang kian mencabar kini, perbelanjaan bulanan termasuk makan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, perubatan dan sebagainya menelan kos yang bukan calang-calang.

Tidak dapat dibayangkan rasanya betapa struggle untuk pasangan memiliki cahaya mata ramai atau jarak umur yang rapat, sebagaimana kisah dikongsikan seorang wanita ini.

Dalam hantaran dikongsikan di laman Twitter @confesstweetMY, wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu meluahkan rasa buntu dan dilema kerana belum bersedia menimang cahaya mata baharu memandangkan anak sulungnya masih kecil.

stres 1

Wanita tersebut dan suaminya bergaduh gara-gara lelaki berkenaan melarangnya menggugurkan kandungan. Gambar hiasan

“Saya ada bayi lelaki berusia 6 bulan, bersalin normal tapi dah ‘ter-accident’ mengadung enam minggu. Saya tak ready, penat saya mengandung, bersalin sebelum ini pun belum habis.

“Mental saya semakin nak jadi gila. Saya penat, saya letih yang teramat sangat. Saya kalau mengandung, mabuk teruk sampai rasa nak baring je macam kena santau tak boleh makan langsung,” luahnya.

Disebabkan terlalu tertekan dengan situasi yang dialaminya, wanita ini nekad mahu menggugurkan kandungannya.

Bagaimanapun, hasrat tersebut ditentang habis-habisan oleh si suami sehingga menimbulkan pergaduhan.

“Suami marah tapi saya bertegas. Dia kata tak nak tanggung apa-apa. Semalam kami bergaduh lagi dan dia terlepas cakap, kalau saya gugurkan, talak satu.

“Saya rasa terjerat, suami tak cuba nak faham saya. Selama ni dia bantu sikit-sikit tapi tetap saya rasa penat. Saya nak anak kedua tapi saya cuma mahukan rehat setahun dua.

“Saya tak sempat pasang implan sebab duit tu saya bagi suami pinjam untuk baiki motor pergi kerja,” kongsinya.

Minta petunjuk pada Tuhan, jumpa pakar kesihatan mental… tanya pendapat atau nasihat daripada keluarga dan kawan.

Ugutan ‘talak’ yang dilafaz oleh suaminya membuatkan wanita ini buntu dan tertekan memikirkan perkara berkenaan.

“Saya orang yang tak boleh stres walau sikit. Lafaz talak itu sah atau tidak? Sebab dia cakap selepas saya yang cabar dia. Saya cakap saya tak layak jadi isterinya.

“Saya suruh dia ceraikan saya dan cari perempuan lain yang boleh beri dia anak ramai dengan jarak yang dekat,” kongsinya lagi.

Sehingga kini ciapan tersebut meraih melebihi 2,200 ulang kicau.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berpandangan pasangan berkenaan perlu berbincang dari hati ke hati kerana melibatkan soal nyawa ketiga dan juga hukum agama.

komen

Netizen menyarankan wanita berkenaan merujuk kepada yang pakar kerana masalahnya membabitkan nyawa dan hukum agama.

“Sedih juga bila baca akak nak gugurkan. Tapi saya faham. Apa pun cuba minta nasihat yang pakar. Suami akak pun silap juga sebab mudah lafazkan cerai tanpa pujuk untuk bawa jumpa pakar.

“Minta petunjuk pada Tuhan, jumpa pakar kesihatan mental, minta pendapat atau nasihat daripada keluarga dan kawan. Menyesali perkara yang sudah berlaku adalah perkara yang tidak mungkin dapat diulang.

“Family planning ni sangat penting, ia bukan sahaja merangkumi financial family yang bakal terganggu, bahkan kesihatan mental dan juga jaminan masa depan anak-anak,” demikian antara komen netizen.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*