
Separuh akhir konsert Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung pada Ahad lalu nampaknya mengejutkan penonton dengan dua peserta tersingkir, Dina Nadzir dan Fuad Rahman.
Manakala Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok, Bob Yusuf, Hazrul Nizam dan kumpulan V.E berjaya mara ke final pada minggu hadapan.
Selain persembahan kesemua penyanyi tersebut berjaya memukau ramai, ternyata terdapat satu muat naik klip video pendek ini turut viral disebabkan kejelitaan seorang penonton Gegar Vaganza musim ke-9 baru-baru ini menjadi tumpuan.
Seorang individu yang dilihat tertarik dengan penonton jelita ini membuatkan muat naik video tersebut hangat diperkatakan ramai.
Hantaran pemilik akaun tersebut meminta untuk kuasa di aplikasi, TikTok tersebut untuk memperkenalkan dirinya kepada penonton jelita tersebut.
Kelihatan dalam video pendek tersebut memaparkan, seorang gadis jelita berada di belakang juri tetap, Datuk Ramli M.S atau turut popular dengan panggilan Tok Ram.
Tidak semena-mena, hantaran video tersebut turut tular dengan ditonton 2.8 juta kali dan ternyata ia juga menarik tumpuan selebriti dan TikToker popular, Aeril Zafrel yang jarang tidak membuatkan ramai geli hati dengan perangainya.
Gadis Itu Masuk Komen
Tapi memang rezeki lelaki itu bila gadis yang dicari telah menyedari video tersebut dan masuk komen
Yang lebih kelakar bila ramai netizen mula membanjiri komen gadis tersebut dan meninggalkan komen ucapan terma kasih atas jasa lelaki itu.
Walaupun ramai tahu semua komen netizen itu hanya gurauan tetapi kreativiti netizen untuk buat gadis itu terpaut hati kepada lelaki itu sangat menghiburkan.
“Siap tolong bayarkan Toyota Supra haha!”
Sumber : HCL / Tiktok @_syafiqikhwan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply