Buang Masa Jawab Kontroversi Cium, Ismail Izzani Akhirnya Mengaku Salah Selepas Dipertahankan

PENYANYI Ismail Izzani secara terbuka mengakui kesilapan dirinya dan akan sentiasa ingat di mana dia berdiri sebagai seorang manusia biasa.

Bagaimanapun kata Ismail, 22, dia enggan menjelaskan apa-apa mengenai kontroversi melanda dirinya kerana merasakan tiada siapa peduli tentang perkara benar atau buruk selain enggan membuang masa.

“Apa-apa pun saya pandang ke depan dan memperbaiki diri. Biarlah keluarga dan kawan-kawan yang tahu dah lebih daripada cukup.

“Saya mengaku kesalahan saya dan sebagai manusia biasa, saya akan ingat di mana saya berdiri,” katanya.

Ismail Kontroversi

Ismail menganggap tiada keperluan menjelaskan mengenai kontroversi melanda dirinya.

Ismail membuat penjelasan itu menerusi Instastory miliknya pada Sabtu.

Terdahulu, Ismail dilaporkan menolak permintaan pihak media yang mahu bertemunya selepas selesai membuat persembahan bersama Naim Daniel menerusi lagu Habis Sini di Semi Final Muzik-Muzik 37 (SFMM37).

Penyanyi itu dilaporkan pulang lebih awal ekoran enggan bersemuka dengan media bagi menjawab soalan berhubung kontroversi yang sedang melanda dirinya ketika ini.

Menjelaskan dakwaan dia melarikan diri daripada pihak media, Ismail menjelaskan dia tidak mahu membuang masa menjelaskan perkara tersebut kerana dia sudah mengakui kesalahannya.

Doakan yang baik-baik ya. Saya minta maaf untuk semua kesalahan yang saya lakukan.

“Ingin saya jelaskan, saya tidak lari daripada anda (media). Jika anda ingin kata saya lari daripada media, teruskan.

“Saya tak mahu buang masa menjelaskan kerana saya mengaku kesalahan saya,” ujarnya.

Sementara itu, Ismail turut memohon maaf dan meminta semua mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Bagaimanapun kata Ismail, dia tidak boleh berjanji namun akan berusaha menjadi lebih baik buat dirinya sendiri.

Ismail Izzani Pix

Ismail tidak mahu berjanji tetapi akan berusaha menjadi lebih baik.

“Doakan yang baik-baik ya. Saya minta maaf untuk semua kesalahan yang saya lakukan.

“Saya tak boleh janji apa-apa tetapi saya akan jadi lebih baik buat diri saya sendiri. Ini kehidupan saya, perjalanan hidup saya,” katanya.

Menerusi hantaran berbeza, Ismail menunjukkan dirinya memegang pasport antarabangsa miliknya dipercayai untuk bercuti ke luar negara.

Namun tidak dapat dipastikan ke mana destinasi dituju penyanyi tersebut.

Ismail Izzani IG Story

Penjelasan yang dibuat Ismail di Instastory.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mirip Ismail yang merangkul seorang gadis berpakaian seksi di sebuah kelab sambil mencium bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah.

Susulan penularan video memalukan itu, akaun Instagram anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam diserang netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bermoral.

Tidak hanya Ismail, ibunya juga turut diserang netizen sehingga sanggup meninggalkan kata-kata kurang enak terhadapnya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama penyanyi lagu Luar Biasa ini terbabit dalam kontroversi malah pernah dikecam kerana berpelukan dengan seorang pelakon wanita di kelab malam.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*