
Enam finalis Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang terdiri daripada 6 peserta iaitu 5 orang peserta solo dan 1 kumpulan akan berentap di konsert akhir (final) Gegar Vaganza 2022 bagi merebut gelaran juara
Konsert akhir Gegar Vaganza 2022 berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan siaran serentak di Ria HD (104) bermula jam 9 malam pada hari Ahad, 27 November 2022
Pada konsert final Gegar Vaganza 2022, enam finalis akan membuat tugasan akhir dengan menyanyikan 2 buah lagu solo dan juga Battle yang telah diberikan kepada mereka
Pentas akhir musim kesembilan Gegar Vaganza (GV9) menyaksikan penyanyi, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara. Jaclyn Victor telah berjaya membawa pulang wang tunai RM100k dan
Keputusan Penuh Gegar Vaganza 2022 Konsert Final
Di pentas akhir, kesemua peserta perlu menyanyikan dua buah lagu di pusingan pertama dan dua buah lagu di pusingan battle. Jaclyn Victor telah membawakan lagu ‘Its All Coming Back To Me Now’ dan ‘This Is Me’ untuk pusingan pertama manakala, lagu ‘The Real Slim Shady’ dan ‘Sang Saka Biru’ bersama kumpulan VE bagi pusingan battle.
Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Bob dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan Piala Gegar Vaganza.
Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Shila Amzah serta Tomok dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 dan RM20,000 serta Piala Gegar Vaganza.
Bagi peserta lain, VE dan Hazrul Nizam masing-masing menduduki tangga kelima dan keenam yang membawa pulang duit sebanyak RM15,000 dan RM10,000 bersama Piala Gegar Vaganza.
Pentas akhir GV9 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Edry Abdul Halim. GV9 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein bersiaran secara langsung dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 11 minggu.
Selain hadiah wang tunai, kesemua finalis turut menerima sebuah trofi serta hadiah sampingan lain daripada penaja
Sumber Ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply