Jurulatih Negara Pan-Gon Hadir Ke Majlis Perkahwinan Safawi, Tapi Safawi Tiada Di Majlis

Petaling Jaya: Barisan kejurulatihan Harimau Malaya hadir bagi memeriahkan majlis perkahwinan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid dengan pempengaruh dan pelakon, Syifa Melvin, malam ini.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan pembantunya tiba pada 8 malam sebelum disambut oleh ahli keluarga Syifa di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Namun, kelibat pemain JDT tidak kelihatan kerana difahamkan mereka sedang mengharungi perlawanan persahabatan menentang kelab Jerman, Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.

Bocor Gambar Berinai , Syifa & Safawi Nikah Lepas Solat Magrib Hari Ini? -  Gosip Tempatan - Gosip - Forum - CARI Infonet

Kira-kira 300 tetamu hadir pada majlis perkahwinan sebelah perempuan itu dengan mereka berpakaian putih mengikut tema yang ditetapkan.

Seorang ahli keluarga pengantin lelaki yang ditemui memberitahu, sememangnya majlis pada malam ini tidak mahu dihebohkan atas permintaan kedua-dua pasangan itu.

“Memang malam ini hanya menjemput tetamu tertentu saja. Mungkin sebelah lelaki nanti akan dihebahkan dan menjemput tetamu lebih ramai,” katanya.

Terdahulu, pada aksi final Piala Malaysia Sabtu lalu, tonggak JDT itu ‘hilang’ daripada senarai pemain pasukan dipercayai sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya.

Malah, kehilangan pemain dari Dungun, Terengganu itu menjadi persoalan dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air sehingga ada yang mendakwa Safawi sudah menerima tawaran daripada kelab lain.

Selain itu, Safawi mengeluarkan kenyataan di Tiktok miliknya menyatakan jika ada rezeki dan jodoh, dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam waktu terdekat ini.

“Ada rezeki, jodoh, saya akan kahwin. Anda jangan risau, nantikan sahaja,” katanya.

Heboh Syifa Melvin bakal nikah esok, Safawi Rashid kata ‘stay tuned’

PEMAIN bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rashid minta peminat tidak bimbang dengan soal jodohnya apabila timbul khabar angin mengatakan dia bakal disatukan dengan pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin pada 28 November 2022.

Enggan mengesahkan perkara itu, Safawi, 25, sebaliknya meminta peminat menantikan sahaja sekiranya ada berita gembira berhubung perkara tersebut.

“Korang fasal kahwin, korang jangan tahulah, bila saya nak kahwin, dengan siapa saya nak kahwin.

Safawi minta peminat jangan ambil tahu bila tarikh kahwin.

“Ada rezeki, jodoh, saya akan kahwin. Korang jangan risau, stay tuned,” katanya menerusi sebuah video di TikTok yang dimuat naik di akaun @yxasyx.

Dalam pada itu, peminat meluahkan rasa kecewa apabila pemain bola sepak berkenaan dilihat cuba menyembunyikan perkara baik meskipun tarikh dan kad undangan perkahwinan mereka sudah tersebar.

Meskipun memahami privasi yang dimahukan pasangan berkenaan namun peminat berpendapat ada baiknya mereka berterus terang.

“28 November belah perempuan, tema putih, 3 Disember pula belah lelaki. Sepupu dia beritahu saya

8456894659834

“Benda dah ‘kantoi’ buat apa sorok… 3 Disember ini dia sanding, patah hati saya nanti,” komen netizen.

Sebelum ini, Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, juga enggan mengesahkan perkara tersebut meskipun kad undangan majlis bertanding di pihak lelaki tersebar di media sosial.

Kata Syifa, dia enggan menghebahkan tentang perkahwinannya itu kerana masih belum ada ikatan yang sah di antara mereka.

Sumber Hmetro 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*