
Baru-baru ini pelakon Diana Danielle membuat entri terbaharu di laman Instagram miliknya memperlihatkan dia duduk di atas pangkuan suami, Farid Kamil.
Foto tersebut turut menunjukkan ‘moment’ manis di mana Diana dicium oleh Farid pada bahagian pipi yang membuatkan ramai memuji sikap romantik aktor tersebut.
Walau bagaimanapun, menerusi komen Facebook sebuah portal hiburan, segelintir netizen masih mencari peluang untuk mengkritik perbuatan pasangan selebriti itu yang dianggap menunjuk-nunjuk.
Malahan, ada juga warga maya yang mengambil kesempatan menegur Diana supaya menutup aurat sebelum terlambat.
“Isteri tak menutup aurat…Tak reti nak nasihat ke?,” ujar seorang warganet.
“Zaman sekarang bahagia semua nak kena tunjuk..Nasib waktu ‘bersama’ tak tunjuk,” kata seorang lagi wargamaya.
Untuk info, Farid Kamil dan Diana Danielle telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Pengeluaran filem ‘Anwar’ menepati masa
Farid Kamil (Anwar Ibrahim) melambai tangan kepada para penyokong ketika dibawa ke mahkamah dalam filem ‘Anwar.’ – IHSAN INSTAGRAM FARID KAMIL
PEMBUATAN filem cereka ‘Anwar’ daripada kisah benar ranjau perjuangan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah menepati dengan masa tokoh kontroversi sampai ke puncak tertinggi kejayaannya pada penghujung tahun 2022.
Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10 hasil Pilihan Raya Umum Ke-15 itu mengangkat sumpah jawatan tersebut di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada petang Khamis 24 November 2022.
Sehingga November 2020, filem ‘Anwar’ hasil usaha produksi Bianglala Entertainment dari Indonesia itu sudah hampir siap dan apakah ia akan turut menggunakan ‘scene’ sebenar sehingga Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri supaya kelihatan terkini?
Jika dilihat kepada pembuatan filem kisah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berjudul ‘Mahathir: The Journey’ arahan Prof. Dr. Hatta Azad Khan tahun 2020 dahulu terdapat inisiatif menjadikan Dr. Mahathir sebagai pelakon undangan.
Bagi filem ‘Anwar’ yang menggunakan khidmat pelakon terkenal dari Malaysia dan indonesia itu memulakan penggambaran pada Oktober 2022 dan dijangka akan dapat ditayangkan kepada umum di pawagam pada awal tahun 2023.
Filem ‘Anwar’ menampilkan pelakon Malaysia, Farid Kamil Zahari (Anwar Ibrahim) berpasangan sebagai suami isteri dengan pelakon popular Indonesia, Acha Septriasa (Wan Azizah Wan Ismail). Turut berlakon ialah Hasnul Rahmat (Dr. Mahathir Mohamad), Firdaus Mat Joni, Piet Pagau dan Dewi Irawan.
Farid Kamil menerusi temu bual dalam media sosial berkata, pada mulanya dia terkejut ketika menerima tawaran berlakon filem ‘Anwar’ kerana merasakan watak itu berat dan tidak yakin untuk melakonkannya.
“Apabila mendapat skrip filem ‘Anwar’ itu saya berikan kepada ibu saya untuk membacanya sama ada ia sesuai atau tidak dengan saya. Ibu saya kata saya boleh melakonan watak Anwar, barulah saya terima tawaran berlakon itu,” katanya.
Menurutnya lagi, bagi menghayati watak Anwar, Farid Kamil telah dua kali bertemu dengan Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk berlakon watak pemimpin politik yang kontroversi itu.
“Dalam pertemuan kali kedua dengan Anwar, saya minta izin supaya dia buka cermin mata untuk saya lihat kesan parut di keningnya akibat dipukul,” ujar Farid Kamil mengenai rentetan peristiwa yang berlaku ketika Anwar ditangkap pihak berkuasa.
Pengarah filem ‘Anwar’ ialah Viva Westi yang merupakan pemenang Pengarah Filem Terbaik dalam Festival Filem Indonesia tahun 2008. Manakala warga negara Malaysia, Zunar adalah eksekutif produser dan Mohammed Nolizam (Majee) selaku produser.
Sinopsis filem ‘Anwar’ ialah berdasarkan kisah benar perjuangan Anwar Ibrahim melawan sebuah sistem yang korupsi. Beliau tegas menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai daripada pihak tertentu.
Dia juga enggan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion ringgit.
Kerana keengganan itu, dia difitnah dengan sebuah konspirasi besar sehingga dipecat daripada jawatan, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari.
Dari seorang Menteri Kewangan terbaik yang didakwa berjaya membebaskan Malaysia daripada belenggu hutang, akhirnya dia merengkok dalam penjara.
Memandangkan filem ‘Anwar’ bakal ditayangkan pada tahun depan ketika Anwar sudah berada di puncak kuasa politik negara sebagai Perdana Menteri Malaysia, maka filem tersebut yang sejajar dengan kemasyhurannya itu dijangka mendapat sambutan hebat.
Cuma persoalannya apakah filem ‘Anwar’ berjaya mengatasi kutipan tayangan filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” arahan Syamsul Yusof keluaran Studio Kembara tahun 2022 yang berjaya memperoleh kutipan RM97 juta tayangan di pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei.
Sumber BN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply