
Penyanyi Yonnyboii baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak kisah jika isterinya menggayakan pakaian seksi kerana penampilan sebegitu hanya sekadar untuk dirinya sebagai seorang suami.
Menurut pelantun lagu Sakit itu, netizen sering mengkritik kehidupan dia dan isteri, Nik Nazira, kerana hanya melihat perkara yang dimuat naik di laman media sosial sahaja.
Memetik laporan GEMPAK, penyanyi itu turut memberitahu tidak mempunyai sebarang masalah dengan imej yang diperlihatkan Nazira dan berharap agar pihak di luar sana berhenti mempersoalkan cara dia menjaga isteri.
Bagi saya tak perlu kot orang lain jaga tepi kain saya dan nak tahu macam mana saya menjaga bini saya. Orang hanya nampak dan tahu apa yang kita kongsi di laman sosial.
Saya tak ada masalah pun dengan imej dia. Bagi saya, biarlah dia nak melawa. Sebab dia melawa pun untuk saya…I like it. Insya-Allah nanti dia akan berubah juga.
Dalam pada itu, Yonny sempat menyatakan rasa syukur kerana masih lagi relevan dalam industri hiburan tanah air kerana masih ramai mengambil berat tentangnya dan berharap perkara itu berlanjutan kerana tidak mahu dilabel sebagai artis ‘sendu’.
Kiranya orang masih fikir pasal kita. Saya bersyukur saya masih relevan dan orang masih bercakap. Dan saya berharap orang terus bercakap sampai bila-bila. Kita tak jadi sendu.”
Terdahulu, isteri Yonnyboii, Nik Nazira teruk dikecam netizen kerana memakai pakaian mencolok mata yang menampakkan kulit di bahagian lengan dan perut.
Bukan kejutan budaya, isteri Yonnyboii dedah sudah ‘seksi’ sejak zaman kolej
Beberapa hari lalu, nama isteri kepada Yonnyboii iaitu Nik Nazira sekali lagi menjadi topik bualan hangat netizen apabila ramai mendakwa dia mengalami kejutan budaya selepas berkahwin dengan penyanyi tersebut.
Bagaimanapun, ia dinafikan oleh Nik Nazira sendiri dengan menyatakan dia sudah berpenampilan seksi sejak dari zaman kolej lagi.
Tambahnya lagi, dia selesa menjadi diri sendiri walaupun sedar menjadi mangsa kecaman ramai di media sosial.
“Memang dari dulu, waktu kolej pun saya pakai seperti ini. Bagi saya, apa saja yang saya buat mesti akan nampak salah di mata netizen,”ujar wanita berusia 22 tahun.
Nazira berkata, suami tercintanya menasihati supaya tidak membaca dan abaikan komen dari netizen bagi mengelakkan emosi terganggu.
“Yonny pun minta saya jangan baca komen. Saya pun tak baca dan kehidupan saya gembira saja. Jadi, biarlah netizen nak kata apa pun. Mereka kutuk, saya dapat pahala,”katanya.
Bagaimanapun, Nazira atau nama sebenarnya Nik Nazira Narriman meminta maaf sekiranya penampilannya itu dianggap terlalu seksi sehingga membuatkan mata orang lain ‘sakit’.
“Saya rasa saya tak pernah kacau orang atau bukannya jenis suka kecam sana sini hanya untuk dapatkan perhatian.
“Ikutkan, selama ini pun saya buat hal sendiri. Tapi, tak apalah. Saya minta maaf kalau ada netizen lihat imej saya terlalu seksi,”katanya lagi.
Terdahulu, Nazira memuat naik sebuah video di TikTok membuat trend ‘You Don’t Even Exist to Me’ dengan mengenakan fesyen pakaian serba hitam bersama suaminya.
Menerusi video berdurasi 13 saat itu, Nik Nazira dilihat berjalan ‘ala-ala’ model diiringi lagu Just Dance nyanyian Lady Gaga versi remix sehingga meraih hampir 700,000 tontonan.
Ramai netizen mempersoalkan fesyennya yang dikatakan kurang sesuai sekali gus mengecam peranan Yonnyboi sebagai seorang suami.
Sumber BN/OhBulan!, TikTok @niknazira
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply