12 Tahun Sejak Pemergian Achik Spin, Kejelitaan Anak Perempuan Jadi Perhatian

Siapa tidak kenal dengan Abdillah Murad bin Md. Shari atau nama pentasnya, Achik Spin yang pernah popular sekitar tahun 1998 hingga 2010.

Sebagaimana yang kita maklum, Achik telah meninggal dunia pada 17 April 2010 selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya.

Achik yang sinonim dengan rakan duet, Siti Nordiana, pernah muncul dengan empat album studio bersama kumpulan Spin iaitu Roda Roda Rindu (1999), Spin 2 Litar Asmara (2001), Spin 3 Demi (2003) dan Keranamu (2005), termasuk dua album duet bersama Siti Nordiana berjudul Istimewa Untukmu (2003) dan Benang Emas (2005).

10 foto terkini isteri dan anak anak achik spin ada iras bapanya 2

Dalam bidang lakonan pula, beliau pernah membintangi telefilem Demi (2002), Helah (2003), Prahara (2003), Pelakon Popular (2003) dan Wad 04 (2004), juga drama Sifu pada tahun 2005. Tidak ketinggalan muncul sebagai teraju utama filem di bawah arahan Zulkifli M. Osman, Diari Romeo.

Pada tahun 2005, Achik mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Puteri Sumayya, Puteri Saffiya dan anak sulungnya, Puteri Rania yang meninggal dunia pada tahun 2007.

10 foto terkini isteri dan anak anak achik spin ada iras bapanya 3

Kini sudah tujuh tahun pemergian Achik. Inilah wajah terkini isteri dan anak-anak arwah yang jarang didedahkan kepada media. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.

10 foto terkini isteri dan anak anak achik spin ada iras bapanya 6

Biarpun sudah pergi sejak tahun 2010, lagu Allahyarham Achik Spin masih lagi menjadi siulan buat orang ramai dan sering dinyanyikan semula oleh penyanyi-penyanyi ketika ini.

Mengimbau kembali tragedi menimpanya, arwah telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya dimana kenderaan jenis Toyota Estima yang dinaiki menghentam tiang papan tanda.

Dalam kemalangan tersebut, arwah Achik tidak dapat diselamatkan kerana cedera parah di beberapa bahagian.

Allahyarham difahamkan meninggalkan seorang balu, H.M Rose Zaitul Zuriani bersama dua orang cahaya mata perempuan yang kini dikatakan kedua-duanya membesar dengan baik serta sudah di umur remaja.

Biarpun sudah berbelas tahun arwah meninggalkan mereka, kadang-kala kelihatan isteri arwah memuat naik gambar-gambar lama bersama.

 

 

 

 

Malah, perkembangan anak-anak gadisnya juga sering dikongsikan di laman media sosial dan kecantikkan anak-anak sering dipuji ramai.

Sumber BN/Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*