Anak Sharifah Shahirah Terlibat Dlm Kemal4ngan Bas, Ini Berlaku Pada Anaknya Selepas Ujian X-Ray

Di Instagram, pelakon, Sharifah Shahirah meluahkan rasa terkejut apabila anak lelakinya, Airell terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila bas yang dinaikinya dari Singapura menuju ke Kuala Lumpur terbabas di Jasin, Melaka, semalam.

Anak aku dalam bas ni pagi tadi. Alhamdullillah okay dah ada dekat rumah. Dia tak nak cakap. Dia kata bas rosak. Nasib dia duduk belakang. Mak tak berhenti doa untuk anak-anak. Allahuakbar.

Menurut Sharifah Shahirah, anaknya itu telah menghadiri festival animasi di Singapura beberapa hari yang lalu.

Anak patah gigi dan cedera kemalangan bas dan treler, Sharifah Shahirah lega X-Ray tunjuk tiada kerosakan dalaman - Hiburan | mStar

Tambah penyampai radio tersebut, pada awalnya Airell cuba untuk berselindung daripada bercerita mengenai perkara yang sebenar kepadanya.

Walau bagaimanapun, rahsia tersebut terbongkar apabila Sharifah Shahirah mendapati terdapat kesan luka di kepala Airell.

Sepatutnya suami saya ambil dia jam 5 pagi, tapi bila saya bangun pagi tengok anak saya masih belum sampai.

Suami bagitahu anak cakap bas rosak sebab itu lambat sampai. Selepas balik kerja, saya nampak ada luka di bahagian dahi dia. Mulanya dia tutup pakai rambut dia sebab rambut tu panjang. Bila tanya lagi, dia kata itu jerawat. Saya tengok macam luka.

Saya tanya dia kena pukul dengan orang ka sebab pergi Singapura pun tak beritahu saya. Bila kena paksa baru dia cerita. Mengucap panjang bila dengar dia cerita.

Terdahulu, Berita Harian melaporkan seramai 16 daripada 27 penumpang termasuk warga Singapura cedera selepas bas ekspres dinaiki merempuh belakang treler di Kilometer 179, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara, awal pagi semalam.

VIDEO:

Anak patah gigi dan cedera kemalangan bas dan treler, Sharifah Shahirah lega X-Ray tunjuk tiada kerosakan dalaman

PENYAMPAI radio Suria FM, Sharifah Shahirah memaklumkan anak lelakinya, Airell Zulkifkli patah gigi dan mengalami kecederaan pada bahagian dahi, hidung dan kaki selepas bas ekspres yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan merempuh belakang sebuah treler pada Ahad lalu.

Shahirah atau lebih mesra dengan sapaan Shiera berkata, meskipun hanya mengalami kecederaan ringan namun dia tetap membawa Airell ke hospital bagi melakukan imbasan X-Ray bagi memastikan anaknya itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman.

“Saya beritahu suami untuk hantar anak pergi buat X-Ray sebab risau walaupun cuma cedera ringan.

“Alhamdulillah tiada apa yang serius selepas keputusan X’Ray itu keluar,” katanya kepada mStar

Bas yang dinaiki Airell remuk teruk di bahagian hadapan.

Shiera berkongsi berita berkenaan ketika menghadiri majlis Inilah Suria yang diadakan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada Selasa.

Terdahulu, media melaporkan seramai 16 daripada 27 penumpang termasuk warga Singapura cedera selepas bas berkenaan merempuh belakang treler di Kilometer 179, Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara pada awal pagi Ahad.

Penyampai radio itu bagaimanapun meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu anaknya salah seorang penumpang bas berkenaan namun bernasib baik kerana Airell duduk di bahagian belakang bas berkenaan.

Dalam pada itu, Shiera menjelaskan ketika kejadian Airell dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri sebuah festival animasi di Singapura.

Katanya, pemergian anaknya itu ke Singapura tanpa pengetahuannya dan hanya mendapat tahu Airell terlibat dalam kemalangan selepas dia selamat pulang ke rumah.

“Rahsia terbongkar apabila saya nampak ada luka di bahagian dahinya walaupun pada awalnya dia tutup pakai rambutnya yang panjang. Bila saya tanya, dia kata itu jerawat tetapi sebagai ibu saya tahu itu adalah kesan luka dan sangka dia bergaduh.

Shahirah berkongsi berita berkenaan ketika siaran media di Hotel Sheraton pada Selasa lalu.

“Selepas dipaksa barulah dia cerita apa yang telah berlaku… memang saya terkejut mendengar cerita bagaimana kemalangan itu berlaku,” katanya.

Sementara itu, Shiera meluahkan rasa kesal apabila pengurus syarikat bas tersebut tidak berusaha menghubungi atau memaklumkan mengenai kemalangan tersebut.

Malah panggilan yang dibuat kepada syarikat tersebut bagi mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut tidak dilayan dan sehingga kini masih tiada sebarang maklumat diberikan.

“Saya telefon sebab nak tahu di mana bas itu kemalangan, apa puncanya dan bagaimana ia boleh berlaku,” ujarnya.

Sumber: Sharifah Shahira & Berita Harian via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*