Rupanya Jaafar Onn Selalu Bagi Teguran, Ada Satu Artis Ini Terasa Dgn Teguran Dia Hingga Sampai Sekarang Tidak Bercakap

Pelakon dan pelawak, Jaafar Onn, 70, tidak akan berhenti menegur mana-mana penggiat seni sama ada yang muda mahupun tua sekiranya melakukan perkara yang bertentangan dengan agama Islam.

Jaafar berkata, teguran dibuat atas kapasitinya sebagai orang tua.

“Kalau mereka tak dapat ditegur kita sebagai orang tua akan berdosa. Saya tak kisah kena kecam tapi kebanyakannya menyokong saya dalam hal ini.

“Tak dinafikan apabila saya sentuh isu artis yang pakai baju warna kulit, ada yang tak bertegur dengan saya sehingga sekarang tapi saya tak peduli.

Ada juga yang saya tegur secara bergurau, bila lagi nak pakai tudung dan mereka jawab kubur masing-masing. Saya diam sahajalah,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur apabila segelintir artis memanggilnya dengan gelaran papa sekali gus menunjukkan rasa hormat mereka terhadapnya.

Jaafar Onn

“Saya pula apabila ke lokasi penggambaran akan bawa makanan dan itu ini. Jadi, mereka akan berkumpul beramai-ramai untuk makan. Tak nampak ada yang tak hormat saya.

“Ini memang cara saya sejak dulu. Namun, ada juga segelintir artis apabila dipelawa makan, berjanji akan makan tapi sudahnya tak berbuat demikian.

Saya tak kisah dan lantak dialah. Yang penting saya dah berniat nak jamu mereka makan. Ada juga yang hanya jamah sikit, itupun dah memadai,” katanya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kesihatan Jaafar bersyukur tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

“Saya tiada kencing manis, jantung atau yang dinamakan tiga serangkai kerana amat mementingkan penjagaan kesihatan,” katanya.

JAAFAR ONN DITEGUR BILA NAK ‘BERTAUBAT’ SEBAB UMUR DAH 70 TAHUN. DIA TIDAK BERDIAM DIRI DAN INI JAWAPAN DIA BAGI

Selebriti otai, Jaafar Onn mengakui keperibadian semula jadinya yang lemah lembutlah menjadi faktor utama kekal relevan selama hampir 50 tahun dalam dunia seni.

Jaafar Onn atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang berkata, jadi tiada sebab untuk dirinya mengubah pemberian Ilahi hanya demi memuaskan kehendak atau hati masyarakat.

“Ada orang cakap termasuk keluarga terdekat, ‘dah usia 70 tahun tak reti nak taubat atau berubah ke’.

“Nak saya buat macam mana, dah memang saya begini takkan saya nak hidup berpura-pura jadi keras demi memuaskan hati orang sekeliling.

“Sekurang-kurangnya, saya selembut-lembut saya, tak pernah pun menyusahkan orang minta sedekah tadah tangan. Alhamdulillah bukan nak cakap besar, pada usia 70 tahun, Allah masih beri saya rezeki kesihatan yang baik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Ujar pelakon yang cukup sinonim dengan drama Cili Padi itu, segala kritikan yang dilemparkan orang sekeliling tidak menjadi kudis buat dirinya.

“Orang sibuk kutuk saya jalan menampi padi usia pun dah makin lanjut, saya nak tanya, sempurnakah kalian? Nak cakap apa pun, cakaplah yang penting hanya saya dan Allah sahaja diri saya bagaimana.

“Banyak mulut jahat tapi saya percaya mulut jahat, hati tak semestinya jahat juga. Macam saya, orang fikir mulut saya jahat, tapi hati saya kadang-kadang tak sampai hati.

“Zaman sekarang ini, dengan kemajuan teknologi dan dunia media sosial, macam-macam orang boleh cakap itu ini. Nak cakap buruk tentang saya, tak jadi kudis pun. Selama 50 tahun dalam industri, rezeki saya tetap ada dan orang masih kenal,” jelasnya.

Mengulas tentang perkembangan seni terbaharu, Jaafar bakal terlibat dalam sebuah sitkom terbitan RTM berjudul Apartmen Putra.

“Pengarah (Acu) nak saya bawa watak lelaki lembut siap berselendang bagai. Tengoklah rezeki saya. Bukan saya nak promosi jadi lelaki lembut tapi inilah namanya rezeki walaupun dah usia 70 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Jaafar juga turut mengenang pengalaman bekerja bawah arahan sutradara handalan, Allahyarham Mamat Khalid menerusi drama 18 Puasa Di Kampong Pisang yang sepatutnya bersambung untuk projek selanjutnya, 19 Puasa.

“Macam dulu berlakon bawah arahan Allahyarham Mamat Khalid untuk 18 Puasa, saya jadi diri sendiri. Mamat panggil saya dengan gelaran ‘Ikonku’.

“Saya masih ingat waktu penggambaran, saya bawa baju bunga-bunga satu beg tapi Mamat nak saya pakai baju hitam untuk karakter yang saya jayakan iaitu, Tyson 2.

“Sepatutnya 19 Puasa bawah arahan anak Mamat (Amen Khalid) menjalani penggambaran melibatkan watak Tyson 2. Tapi sekarang masih tiada khabar berita tentang projek tersebut. Al-fatihah buat Allahyarham Mamat Khalid,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*