Memey Suhaiza Buat `Surprise` Untuk Abby Abadi, Apa Yg Memey Lakukan Buat Ramai Terkejut

Hubungan akrab di antara Abby Abadi dan Memey Suhaiza sentiasa menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi ketika meraikan advance birthday buat Abby bersama ahli keluarga.

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Memey mengatakan bahawa mereka meraikan ulang tahun kelahiran Abby Abadi yang ke-45 sehari lebih awal disebabkan mempunyai urusan di Singapura.

“Happy advance birthday @mamaebbyyabadi ❤️. Esok birthday mama yang ke? ? Siapa tahu? ?. Esok mama nak ke Singapore..Jadi abah kata jom sambut kat rumah makan-makan sebelum mama pergi SG. Jom sama-sama doakan yang baik untuk mama.”-Tulis Memey

Dibanjiri Ucapan Peminat

Di ruangan komen, ramai peminat dilihat menitipkan ucapan buat Abby, malah ada yang turut meluahkan rasa kagum melihat kebahagiaan di antara dua keluarga ini.

“Bila tengok momen ni tiba air mata menitik jatuh. Betapa bahagia tengok pasangan ni.”

“Meriah walaupun cuma anak beranak jer. Happy birthday Mama Abby Abadi.”

“Happy birthday Mama Abby semoga dikurniakan kesihatan yang baik dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.”

“Sentiasa sebak tapi bahagia tengok keluarga ni.”

 

 

 

 

 

 

 

 

Norman Hakim ‘respek’ dengan Memey dan Abby

NORMAN bersama keluarga.

Pelakon, Norman Hakim ‘kagum’ dengan isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isteri, Abby Abadi yang terus membuat perancangan cuti bersama sebaik kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri, kelmarin.

Menerusi Instagram, Norman turut berkongsi paparan perbualan Memey dan Abby di aplikasi WhatsApp yang teruja sambil merancang percutian untuk dua keluarga itu.

Malah, Memey dan Abby turut berbincang untuk mengenakan baju yang sama warna untuk keluarga mereka sepanjang percutian itu nanti.

“Hampir dua tahun tidak nampak memo begini (ini pun ternampak dalam telefon isteri) terkejut pun ada juga kerana sudah lama tidak berbincang atau proses mengenai bab ini.

“Tidak sampai 24 jam pengumuman, laju betul mereka membuat perancangan. Nampak macam sampai ke hujung tahun saja. Tak larat nak baca habis. Bab ni memang tabik kepada kaum hawa memang efisyen.

“Jadi anak-anak, sila ambil perhatian warna-warna pelangi yang diperlukan ketika percutian nanti supaya tak terkejut apabila memo rasmi ini keluar nanti. Tak lama lagi ni,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya mengusik Norman kerana berdepan dengan situasi lucu seperti itu.

Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 8; Muhammad Dikhriz Hakim, 6; dan Mikayla Delisha Hakim, 3.

Sebelum itu, Norman berkahwin Abby pada 2002 tetapi bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 18; Marissa Dania Hakim, 16; dan Danisha Hakim, 13.

Video

Sumber Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*