Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Apabila Pernikahan Dibatalkan Saat Akhir Dan Bakal Suami Kahwin Dengan Orang Lain, Sekali Bakal Suami Beritahu Cerita Sebenar

Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin dan berharap hari bahagia mereka berjalan dengan lancar. Namun lain pula yang terjadi pada seorang gadis ini mendakwa bakal suaminya membatalkan majlis perkahwinan mereka.

Sedih pernikahan dibatalkan

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Kayees di TkT0k, pada awalnya dia berasa teruja melakukan persiapan menjelang hari bahagianya. Bukan itu sahaja, kad jemputan perkahwinan turut diagihkan kepada para tetamu termasuklah rakan sekerja.

Jemputan atas nama dan gambar aku tapi bila majlis nanti bukan aku yang jadi pengantinnya. Sebaik-baik perancangan manusia, Allah punya kehendak yang lebih baik.

Walau bagai mana pun, pernikahannya dibatalkan tiga hari sebelum majlis kerana bakal suaminya akan berkahwin dengan wanita pilihan orang tua. Video yang meraih lebih 12 juta tontonan itu turut memaparkan wanita itu sedang membakar foto prewedding serta kad jemputan.

3 hari sebelum nikah dapat berita yang dia akan berkahwin dengan perempuan lain yang dah pilih oleh ibu bapanya. Terus urus borang pembatalan pernikahan.

Suami Tampil Bersuara, Pihak Perempuan Minta Geran Rumah

Namun begitu, ‘bakal suami’ wanita terbabit yang dikenali sebagai Ryan tampil menyangkal segala dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Jelasnya, mereka terpaksa batalkan perkahwinan kerana pihak perempuan memintanya untuk menyediakan satu geran rumah sebagai salah satu daripada mas kahwin.

Yang nak batalkan perkahwinan itu bukan pihak lelaki tetapi pihak perempuan. Batal kan pun sebab mas kahwin yang diminta adalah geran rumah kalau cakap dari awal boleh saya pertimbangkan.

Susulan daripada itu, majlis perkahwinan tetap diteruskan kerana segala persiapan dan bayaran telah dibuat. Malah, sepupunya terpaksa berlakon sebagai pengantin perempuan demi menutup aib keluarga.

Dalam pada itu, ibu kepada lelaki terbabit dilihat begitu tenang dan masih memberi sokongan kepada anaknya. Ujarnya, tidak salah jika keluarga belah perempuan ingin menuntut mas kahwin dalam benda apa-apa pun, namun perlulah melihat dari segi kemampuan lelaki itu sendiri.

Video

Penjelasan bakal suami,

Sumber :kayes /h0kcay22

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*