
LAIN yang diajar, lain yang dibuat.
Begitulah kisah lucu melibatkan seorang graduan yang melakukan kesilapan ketika menggunakan bahasa isyarat dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 24 November lalu.
Menurut Nur Afifah Mohd Khairuddin, 24, para graduan perlu mengucapkan terima kasih menggunakan bahasa isyarat, namun dia tersilap menunjukkan isyarat tangan seolah-olah bertanya “dah makan ke belum?” ketika berada di pentas konvokesyen.
“Semua graduan kena buat bahasa isyarat ucap terima kasih dekat pro canselor. Tapi disebabkan saya nervous sikit kat atas pentas tu, habis salah bahasa isyarat saya.
“Masa dah masuk dewan tu baru mereka bagi taklimat untuk buat isyarat tu. Caranya senang sebenarnya untuk buat, tapi saya nervous, sebab tu jadi macam tak tentu arah.
“Saya jadi nervous sebab saya pakai kasut cerah, sepatutnya warna gelap. Ada yang tak lepas, ada yang kena tukar kasut. Tu yang saya seram sikit, tapi lepas je naik pentas,” dedahnya.
Senang disapa Iffah, dia bagaimanapun terhibur dengan diri sendiri apabila tersilap membuat isyarat, malah kejadian spontan itu turut disedari beberapa rakannya.
“Lepas saya buat salah isyarat atas pentas tu, saya macam, aduh, kenapa salah buat? Ada juga kawan-kawan kat bawah yang perasan. Kami pun gelak dengan kejadian tu,” ujar graduan bidang kejuruteraan sivil itu.
Menurut Iffah lagi, sedutan video kejadian turut dikongsi ke laman Twitter untuk disimpan sebagai kenangan, namun dia terkejut dengan reaksi diberikan netizen.
Selain meraih lebih 300,000 tontonan, ramai netizen turut meninggalkan komen ucapan tahniah dan mengakui terhibur dengan aksi spontannya ketika menerima ijazah.
“Istiadat konvokesyen turut disiarkan dalam YouTube live. Jadi saya saja nak post di TikTok, untuk simpan sebagai kenangan. Nanti boleh tengok balik.
“Video saya yang sebelum ini view sendu saja. Tiba-tiba banyak notification masuk, memang saya terkejut. Lepas tu baca semua komen, netizen kata lawak dan kelakar.
Iffah merupakan graduan bidang kejuruteraan sivil.
“Alhamdulillah, semua komen okay. Tiada komen yang negatif. Yang ucap tahniah pun ada,” ujar Iffah yang turut ditemani ahli keluarga dalam majlis bersejarah itu.
Mengenai pengalamannya sepanjang bergelar mahasiswi, Iffah berkata bidang pengajiannya memberi cabaran tersendiri, namun dia bersyukur akhirnya dapat mengenggam segulung ijazah.
“Tempoh pengajian saya selama empat tahun. Sepatutnya dah graduasi tahun lepas, tapi ditunda disebabkan pandemik Covid-19. Perasaan saya sangat gembira, Alhamdulillah dah tamat belajar.
Iffah turut ditemani ahli keluarga ketika hari bersejarah itu.
“Bidang ini agak mencabar juga sebenarnya. Tapi mana-mana bidang pun ada cabaran. Saya harap dapat jadi manusia yang berjaya dalam bidang ni,” ujar anak sulung daripada lima beradik itu.
Menetap di Perak, Iffah kini bekerja sebagai pembantu jurutera, namun dia juga menyimpan hasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi suatu masa nanti.
Akhir bicara, Iffah sempat menitipkan pesan kepada para pelajar bidang itu agar sentiasa cekal, berani dan mempunyai minat tinggi jika mahu pergi jauh.
“Kalau nak masuk bidang ni kena cekal dan berani la. Minat juga penting kalau nak masuk bidang ni. Mana-mana bidang pun kena ada minat.
“Mental dan fizikal juga kena kuat sebab nanti kena buat kerja lab dan kerja tengah panas,” ujar Iffah lagi.
Video.
— RedsJakes (@RedsJakes) December 2, 2022
Sumber Mstar .
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply