Hawa Rizwana Akui Masih Solo, Belum Mahu Kahwin, Dedah Rahsia Lelaki Idaman

Pengacara, Hawa Rizwana mengakui masih solo dan sedang mencari seseorang yang menepati kriteria sebagai teman hidupnya.

Bagaimanapun, pengacara berusia 27 tahun ini tidak segan silu memberitahu dia sangat memilih dalam soal pemilihan jodoh kerana mahukan yang terbaik dan bersesuaian dengan dirinya.

Hawa Rizwana tak gopoh mencari cinta

“Belum ada lagi. Kita kawan-kawan dengan orang, kalau ada jodoh yang baik serta sesuai dengan kita dan mak ayah pun gembira kenapa tidak?” jawab Hawa ketika diajukan soalan tersebut.

Katanya lagi, dia terpaksa mengambil pendekatan dengan memilih pasangan hidup kerana tidak sedar diri sendiri tidak sempurna dan mahu seseorang yang melengkapi kekurangan sedia ada.

TV9 news presenter Hawa Rizwana thanks critics after social media backlash over tight attire | Malay Mail

“Memang kena memilih kot. Kita ni tak sempurna dan ada kekurangan. Jadi, kita perlukan seseorang yang selesa. Tapi, tak ada yang dekat pun, macam mana?”jelasnya.

Netizen teruja tengok Hawa Rizwana muncul dalam MV Khai Bahar

Sementara itu, pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan memberitahu dia mahukan seorang lelaki yang penyabar.

“Saya nak lelaki penyabar, as long as we perfect for each other. Saya pun tak kisah kalau pasangan saya orang dalam industri juga,”ceritanya lagi.

Kabel saya bukan bapa tetapi Allah - Hawa Rizwana

Namun begitu, buat masa ini dia mengambil keputusan untuk menikmati zaman bujangnya terlebih dahulu.

“Yang nak berkawan tu ada, tapi serius belum lagi. Sekarang ni, belum rasa nak kahwin.

“Apabila dah puas berdikari dan meneroka, kalau ada yang terbaik untuk kita, InsyaAllah,”katanya.

Tiada cinta lelaki di hati Hawa Rizwana - Kosmo Digital

Tambah Hawa, dia juga tidak pernah meletak target untuk menamatkan zaman solo sebaik sahaja habis master (ijazah sarjana).

Dalam masa sama, Hawa turut berkongsi kejadian yang membuatkan dia takut dalam mencari pasangan di mana seorang lelaki dari kenalan keluarga datang bertemu dengan ibu bapanya untuk merisik statusnya secara tiba-tiba.

Hawa rizwana redzuan on instagram “? latergram ootn 2019 weddingvibes” – Artofit

“Dia terus jumpa mak ayah. Keluarga dia ada hubungi mak ayah saya bertanya mengenai saya,”ceritanya lagi yang pada ketika itu berlaku sewaktu dia berusia 23 tahun.

Sementara itu, Hawa yang juga pengacara tetap program MeleTOP meluahkan kesyukuran kerana berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dalam Komunikasi Massa mengikut jadual selain memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.78.

Sumber: mStar, Instagram @hawarizwana

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*