
Teka-teki mengenai kedudukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terjawab apabila namanya tidak tersenarai dalam Kabinet kerajaan perpaduan.
Ahli Parlimen Muar itu sebelum ini merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan semasa pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini.
Sebelum ini, namanya disebut-sebut bakal memegang jawatan itu semula selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan jawatan itu disandang oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggantikan bekas Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ini Reaksi Syed Saddiq
Video yang dikatakan oleh netizen.
1mil views for syed saddiq superb talent in badminton. we cheer! pic.twitter.com/WMsop4LhkO
— ☁️ (@starderys) November 24, 2022
Walau bagaimana pun, Syed Saddiq mengucapkan tahniah kepada Hannah Yeoh diatas perlantikan beliau menjadi Menteri Belia Dan Sukan.
To my dearest friend @hannahyeoh, all the best in KBS.
Give it all for the youth and our sports of Malaysia ??! pic.twitter.com/tPu5twpFOe
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 2, 2022
Artikel berkaitan..
Jawatan timbalan menteri akan diumum kelak
Jawatan timbalan menteri bagi Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumkan kelak selepas semua menteri mengangkat sumpah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Anwar berkata, beliau juga akan mengadakan pertemuan khas dengan anggota Kabinet yang dilantik supaya beberapa peraturan dan hala tuju serta kaedah baharu dapat diperkenalkan.
Susulan itu, kesemua menteri yang dilantik dijangka mengangkat sumpah di Istana Negara pada pukul 3 petang esok.
Sementara itu, Anwar berkata, dalam jemaah menteri, petunjuk prestasi utama (KPI) mengutamakan soal tata kelola dan isu yang boleh atau harus diambil bagi meringankan beban rakyat selain memberi fokus kepada pemacuan ekonomi.
“Penjimatan sebenar sekiranya dapat elak pembaziran mengurangkan perbelanjaan sia-sia, seperti saya sebut ia satu permulaan jemaah menteri kerajaan perpaduan dengan kekuatan penjawat awam diketuai Ketua Setiausaha Negara akan memastikan jaminan ini dilaksanakan,” katanya.
Terdahulu, Anwar mengumumkan sebanyak 28 kementerian bakal menjadi tunggak kepada kerajaan pimpinannya selain turut dibantu oleh dua Timbalan Perdana Menteri
Sumber : Kosmo Online / Twitter Syed Saddiq
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply