Pelakon Seksi Berstatus Janda Kini Bertudung, Rupanya Hijrah Atas Permintaan Kekasih Baru?

Sebelum ini, berita mengenai penceraian seorang pelakon wanita masih belum diketahui punca sebenar keruntuhan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, beberapa bulan selepas tamat tempoh idah, pelakon wanita yang kini berstatus janda itu muncul dengan penampilan terbaharu.

Menurut laporan Boom, kalau dahulunya pelakon itu sering dilihat seksi namun kini dia tampil berhijab dan boleh dikatakan sempurna menutup aurat.

Susulan itu, timbul pula spekulasi mengatakan penghijrahan aktres itu disebabkan oleh hubungan rapat dengan seorang pelakon lelaki.

Malah, mereka turut menjadi bualan hangat netizen selepas terdapat dakwaan mereka menjalinkan hubungan cinta dalam diam.

Selepas gambar mereka berdua tular, masa itulah ramai sedar banyak entri di media sosialnya semakin berkurangan, sama ada dipadam atau disimpan.

Bukan itu sahaja, pelakon wanita itu turut didakwa menutup aurat atas permintaan kekasih baharunya dan penghijrahan itu bukanlah datang dari dirinya sendiri.

Percayalah, penampilan yang sopan itu pun atas permintaan kekasih. Jadi penghijrahan ditunjukkan itu bukanlah datang dari hati seperti yang dia cakap sebelum ini.

Alhamdulillah..12 artis Malaysia bertudung pada 2020

TAHUN 2020 menyaksikan ramai artis wanita popular tanah air mula berhijrah memakai tudung atau hijab.

Penghijrahan itu sememangnya ke arah yang lebih baik, dengan mengambil jalan untuk menutup aurat dan lebih menjaga adab sopan seperti telah diamanahkan oleh Allah s.w.t

Jom ikuti 12 artis Malaysia bertudung pada tahun 2020.

ZILA BAKARIN

Pelakon, Zila Bakarin mendedahkan dia telah berhijrah dan berhijab sejak Februari lalu.

Zila berkata pada mulanya timbul rasa bimbang sekiranya keputusan untuk bertudung akan memberi kesan kepada karier lakonannya.

Namun, setelah membuka matanya, dia mula reda dan percaya pada rezeki Allah SWT.

IEDA MOIN

Ieda atau nama sebenar Siti Haida Abdul Moin yang mula bertudung sejak bulan Mac lalu mengakui lega kerana penghijrahannya mendapat sokongan pelbagai pihak.

Berkat doa ibu dan teman baiknya, Noorkhiriah merupakan pendorong utama dirinya tampil mengenakan hijab dan perlahan-lahan mahu kekal istiqamah.

Dia sebenarnya sudah lama menyimpan keinginan untuk bertudung, namun ditangguh akibat kekangan kerja yang masih berbaki.

ERNIE ZAKRI

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri membuat keputusan untuk bertudung pada bulan Mac semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut Ernie, dia mengakui sudah lama terdetik untuk bertudung dan kekuatan untuk berhijrah timbul selepas dunia diuji dengan musibah penularan wabak Covid-19.

Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakrie berkata, dia pernah berjanji dalam diri, tahun 2020 menjadi titik penghijrahan buatnya.

Dia bersyukur niatnya dipermudahkan. Pada saat dia berehat daripada kerja seni akibat situasi penularan wabak COVID-19, Allah SWT memakbulkan doa yang tersimpan dalam hatinya untuk berhijrah.

SHARIFAH SHAHIRA

Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah berkongsi dia sudah mengenakan tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sharifah Shahirah yang lebih mesra disapa Shiera itu berkata, niat bertudung timbul apabila menyedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT.

Menurut Shiera, pada mulanya dia bernazar, jika wabak Covid-19 ada penawar dia akan memakai tudung.

Tapi, dia fikir semula kalau tak ada penawar, takkan dia tak akan pakai tudung sampai bila-bila. Jadi, Shiera tekad untuk bertudung dengan betul.

Akui masih belum sempurna, Shiera memberitahu dia masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri.

EZLYNN

Selepas tiga tahun memakai tudung setiap Ramadan, tahun ini penyanyi dan pelakon, Ezlynn Ariffin tekad untuk terus berhijab.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye itu, dia membiasakan diri bertudung secara perlahan-lahan dan bersyukur akhirnya kekuatan dan ketetapan hati untuk berhijab datang pada bulan Ramadan tahun ini.

Ezlynn berkata penghijrahan itu dilakukan kerana Allah dan tuntutan agama. Dia meminta khalayak agar mendoakan dia terus istiqomah.

FATHIA

Pelakon Fathia Latiff membuat keputusan untuk kembali berhijab selepas mencetuskan kontroversi membuka tudung sebelum ini.

Fathia berkata menerusi perbincangan hati ke hati dengan ibunya serta ahli keluarga telah membuatkannya tekad untuk bertudung semula selepas lebih setahun menanggalkannya.

Fathia kembali bertudung sejak bulan Jun 2020 dan berharap akan terus istiqomah terhadap perubahan yang dilakukan.

KILAFAIRY

Pelakon dan penyanyi Kilafairy mendedahkan dirinya sudah berhijab menerusi sebuah video reaksi pada bulan Syawal lalu.

Menurut Kilafairy, penghijrahannya itu seiring dengan impiannya yang mahu berubah menjadi lebih baik di samping memperbaiki dirinya.

Tambahnya, keputusan untuk berhijab itu dibuat tanpa paksaan atau tekanan. Hatinya terbuka mahu mengenakan hijab dan niat yang baik itu dipermudahkan.

Kilafairy berharap semoga penghijrahannya itu akan mendapat keberkatan dan dia kekal istiqomah.

CIK MANGGIS

Penyanyi dari kumpulan De Fam, Cik Manggis, mula berhijab semenjak bulan Jun yang lalu.

Cik Manggis, atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin berkata dia memilih tampil bertudung di atas kerelaan diri sendiri dan bukan untuk tarik perhatian umum.

Tambahnya, apa yang menyebabkan dirinya bertudung biarlah ia menjadi rahsia. Tidak perlulah dikongsikan kepada umum.

MAWAR RASHID

Pelakon Mawar Rashid atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memutuskan untuk bertudung pada 17 Ogos yang lalu selepas hasrat itu terbantut sekian lama.

Menerusi satu entri di Instagram, Mawar berkata keputusan yang dibuat pada tahun baharu kalendar Islam itu, cukup simbolik dan bermakna.

Menurut Mawar, setiap bulan dia akan pulang ke Kelantan untuk menimba ilmu agama daripada salah seorang guru di sana.

Sekembalinya ke Kuala Lumpur pada 17 Ogos lalu, tanpa berfikir panjang, dia mencapai tudung dan memakainya.

HANNAH DELISHA

Sekian lama menyimpan keinginan berhijrah akhirnya pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha tekad berhijab sekitar awal September lalu.

Pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu berkata dia bersyukur akhinya apa yang dihajatinya akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut Hannah, perbezaan paling ketara yang dirasainya semenjak berhijrah adalah jiwanya terasa begitu tenang.

ZARA ZYA

Sudah lama menyimpan niat untuk bertudung, pelakon Zara Zya akhirnya tekad bertudung sejak pertengahan September lalu.

Dia masih dalam proses untuk membiasakan diri dengan imej berkenaan dan mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik.

IKA NABELLA

Pelakon Ika Nabella menjadi tumpuan ramai apabila memuat naik foto dirinya bertudung pada 6 September 2020 di akaun Instagram beliau.

Ika memberitahu niatnya untuk berhijrah sudah lama tetapi hatinya berbolak-balik. Anak dan suami yang menjadi pendorong untuk dia berhijab.

Dalam pada itu Ika memberitahu dia sedang menyesuaikan diri dengan imej bertudung dan dalam masa yang sama untuk menjadi ibu dan isteri yang baik. Dia turut meminta orang ramai untuk mendoakan dia agar terus istiqamah dalam penghijrahannya.

Itulah senarai 12 artis Malaysia yang bertudung pada tahun 2020. Mudah-mudahan penghijrahan mereka akan dirahmati Allah s.w.t serta turut membuka pintu hati orang lain untuk mengikut jejak langkah yang sama.

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*