Tangan Gigil Cabut Bulu Mata ‘Extension’ Jenazah, Wanita Kongsi Kisah Benar Sampai Tutup Perniagaan

Penggunaan eyelash extensions dalam kalangan wanita seakan sudah menjadi satu trend hari ini. Penambahan bulu mata palsu ini kebiasaannya bertujuan untuk menjadikan mata tampak lebih menarik. Namun, orang ramai harus sedar penggunaan bulu mata ini adalah haram di sisi agama.

Seperti perkongsian wanita ini, suatu ketika dahulu, dia seorang yang obses dengan kecantikan termasuk eyelash extensions. Dia telah melaburkan wang dan mengikuti kursus khas semata-mata untuk memulakan perniagaan itu.

bulu mata

Walau bagaimanapun, dia dengan segera ‘bungkus’ kedai selepas mendapat teguran dari Allah SWT. Dia berdepan detik menginsafkan membuang bulu mata pada jenazah ibu saudara suaminya. Dia tidak dapat mengungkap perasaan ketika bertentangan mata dengan jenazah.

Difahamkan, ibu saudara suaminya itu meninggal dunia kerana serangan jantung.

Menerusi perkongsian itu, wanita ini berkata dia tidak berniat untuk membuka aib sesiapa. Dia berharap kisah benar yang dilaluinya ini dapat dijadikan pengajaran oleh orang ramai.

Komen-komen netizen

tahniah sis.. yg lepas tu bertaubatlah Allah maha pengampun cuma 1 aje caranya.. cr balik customer sis nasihatkan mtk buang slbhnya terpulang pd mrk

 

 

saya ada tegur kawan saya . last2 saya kena marah then dia cakap saya nak ttup periuk nasi dia . sampai skg sya tak ckp dgn dia

 

perempuan cantik sebenarnye natural lagi cantik dripda berhias mekup ape semua serious ni Mostly lgi cantik bila natural

 

 

Dapat hidayah dan petunjuk pun itu satu rezeki puan, semoga ada perniagaan yang lagi hebat. Sambil belajar pelan2 ilmu muamalat, insyaallah

mmg cantik tapi Haram. tgok kawan² ramai buat , kita org Islam solat x sah , mandi wajib x sah. fikir 2,3 kali sblum nak buat sbb melibatkan hukum

Berdasarkan penerangan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dapat disimpulkan bahawa;

Kesucian

Memasang bulu mata palsu adalah haram jika menggunakan bahan bernajis seperti bulu bangkai kerana tidak sah dibawa solat dan jika di luar, haram kerana sengaja menajis badan tanpa ada keperluan (al-tadammukh bi al-najasah).

Jika menggunakan bulu mata palsu separa kekal dengan menggunakan gam yang akan menghalang air daripada sampai ke kulit dan setiap bulu mata, mata hukumnya juga adalah haram kerana menghalang sahnya wudhu’ dan mandi wajib.

Qias dengan larangan menyambung rambut

Ini kerana rambut dan bulu mata adalah bulu-bulu yang tumbuh pada badan manusia yang menjadi perhiasan tubuh badan dan tidak disunatkan untuk mencabutnya. Justeru, haram hukum menyambung bulu mata sama seperti haram menyambung rambut yang dilaknat dan tindakan mengubah ciptaan Allah SWT.

Kesihatan

Haram memakai bulu mata palsu yang menggunakan bahan-bahan yang memudaratkan nyawa dan tubuh badan manusia sedangkan tujuan Syarak adalah hifz al-nafs (menjaga nyawa manusia).

Kecantikan

Haram hukumnya memasang bulu mata palsu sementara dan separa kekal bagi tujuan kecantikan dengan menggunakan bulu atau rambut manusia, haiwan, bulu sintetik, tanpa keizinan suami. Ini kerana terdapat unsur penipuan dan mengubah ciptaan Allah SWT.

Namun dibolehkan memakai bulu mata palsu yang menggunakan selain rambut manusia atau bulu najis, dengan keizinan suami, dan tidak menggunakan bulu mata palsu separa kekal yang menghalang air untuk bersuci. Ini kerana bercantik dan berhias untuk suami itu digalakkan dalam Syarak. Rujuk al-Majmu’ (3/141).

Begitu juga sekiranya terdapat keperluan mendesak seperti seseorang yang ditimpa penyakit, ditimpa kemalangan, terbakar atau yang seumpamanya daripada perkara-perkara kecacatan lalu menyebabkan bulu matanya rosak atau cacat, maka pemakaiannya adalah dibolehkan pada ketika itu, tanpa menggunakan bulu manusia, bahan bernajis dan tidak menghalang air untuk bersuci.

Kredit: TikTok @nayraafikaa | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*