
Penyanyi tesohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi momen lucu ketika membuat persediaan untuk showcase beliau yang bakal berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
“Aafiyah Sibuk Nak Join Sama..”
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, dapat dilihat Siti Nurhaliza atau mesra disapa sebagai TokTi sedang menjalani latihan Muay Thai sebagai persediaan stamina, namun telah “diganggu” oleh anak perempuannya, Aafiyah yang sempat melakukan tutorial mekap.
“Bila ibu sibuk nak MuayThai, Aafiyah sibuk nak join sama..Inilah hasilnya ye.. MuayThai VS Makeup tutorial ghituu.. Persediaan stamina untuk 2 hari showcase di Persada Johor.”-Tulis Siti
Pelbagai Reaksi Netizen
Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati, rata-rata peminat meluahkan rasa lucu melihat gelagat Aafiyah yang mahu ‘mencelah’ dalam rakaman video, malah ramai yang rasa kagum melihat Siti yang rajin bersukan.
Hahhaa lucu banget Aafiyah.”-Melly Goeslaw
“Kak iti punya posture bila throw punch and kick, PERFECTO ???.”-Alif Satar
“Fuhh garang ?.”-Hafiz Hamidun
“Inilah dia Siti..Rajin bersukan..Positif selalu. Kena follow.”-Sharifah Shahirah
“Hahaha ibu nak video muay thai training feat Aafiyah make up tutorial ??.”
“Terbaik Kak Iti, power ahh.. ???
Video pada minit 1:20
“Tahu tak ibu awak Siti Nurhaliza?” – Peminat puji suara TokTi cover lagu Marsha, aksi Afwa siap goyang kaki buat ramai terhibur
KELUNAKAN suara Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan semula (cover) lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan menarik perhatian ramai peminat.
Menerusi aplikasi TikTok, Siti, 43, memuat naik video dia menyanyikan lagu berkenaan sambil ditemani anak keduanya iaitu Muhammad Afwa.
Selain nyanyian mantap Siti, pengikut juga terhibur melihat aksi Afwa yang khusyuk mendengar nyanyian ibunya itu.
“Adik cuba fahami apa yang ibu cuba jerit ini ya? Hahahaha.. Reda sahaja la adik ya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Nyanyian lagu Cinta versi Siti Nurhaliza mendapat perhatian peminat.
Dalam pada itu, Siti secara bersahaja turut meminta bantuan Marsha untuk mengajarnya menyanyikan bahagian lagu yang tinggi.
“Marsha tolong ajar Mak Iti (panggilan Siti) macam mana nak nyanyi part tinggi ini,” tulisnya.
Meskipun lagu berkenaan agak sukar dinyanyikan kerana bernada tinggi, Siti dilihat tetap mempersembahkannya dengan penuh penghayatan dan mendapat pujian peminat.
Rata-rata terpesona dengan kemerduan suara penyanyi itu yang disifatkan antara lagu cover terbaik yang pernah dinyanyikan.
“Bagi saya Datuk Siti dan Aina Abdul sahaja cover lagu Cinta dengan terpaling sedap.
“Sudah comeback ini genggg. Habislah kalian.
“Sedap nak nangis. Tarik yang merdu. Ini baharu saja-saja, kalau betul-betul all out tak tahu nak cakap,” tulis netizen.
Video dimuat naik pada Selasa itu menerima hampir 60,000 tanda suka dan mendapat lebih 900 komen pengikut.
Sumber Murai
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply