
PENCERAMAH selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman memohon doa daripada peminat agar urusan kes mahkamah yang sedang dihadapinya dipermudahkan.
Azman atau Azman Syah Alias, 41, berkata demikian ketika menyapa petugas media di Mahkamah Sesyen Seremban bagi menghadiri sebutan semula kes berhubung pertuduhan amang se sual dan kelucahan terhadap dua remaja lelaki.
Azman atau lebih mesra dengan sapaan Cik Man hadir ke mahkamah memakai baju kurta berwarna biru gelap turut kelihatan tenang ketika disapa media di perkarangan mahkamah.
“Doakan Cik Man dan terima kasih kepada para wartawan,” katanya ringkas.
Azman kelihatan tenang ketika tiba di mahkamah.
Pendakwah tersebut turut ditemani peguam Mohamad Zahid Ahmad dan tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 8.50 pagi.
Sementara itu, menerusi prosiding tersebut, Azman hagi penyerahan dokumen kes berkenaan dihadapan Hakim Datin Surita Budin.
Terdahulu, Azman mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang se sual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Se sual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan dikenakan hukuman sebat.
Tertuduh juga dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Pada Rabu Azman turut dituduh di Mahkamah Sesyen dan Majistret Klang.
Selain itu, mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Sebutan semula kes bersambung 31 Januari 2023.
Terdahulu pada Rabu, Azman turut mengaku tidak bersalah atas tiga lagi pertuduhan amang seksual dan kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor.
Manakala di Mahkamah Majistret Klang, Azman berdepan tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.
Kes itu pula akan disebut semula pada 12 Januari tahun depan.
Sedikit info PU Azman,
Azman Shah Alias (lahir 3 Januari 1981) atau lebih dikenali sebagai PU Azman ialah penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki Malaysia. Bakatnya dicungkil menerusi rancangan TV realiti terbitan ASTRO, Pencetus Ummah musim kedua.
bunya, Fatimah Taat meninggal dunia pada 2017. Beliau pernah belajar di Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan.
PU Azman menjadikan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai tokoh yang dikaguminya.
Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pendakwah bebas.
PU Azman terpilih sebagai salah seorang daripada 10 peserta Pencetus Ummah musim kedua di Astro Oasis, dan beliau dinobatkan sebagai juara. Beliau paling dikenali menerusi watak Cik Muiz dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah, seterusnya muncul dalam rancangan Jozan kendalian Johan dan Zizan Razak.
PU Azman muncul sebagai Tuan Fadhil dalam drama Sweet Dreams lakonan Mira dan Ben Amir. Sejak 2019, beliau merupakan pengacara rancangan Belaian Kasih di TV AlHijrah.
Video,
Sumber Mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply